t>

Breaking News

3 Kanak-Kanak Malang Ini Lemas Angkara Bauksit - Bapa Sedih Timbus Lombong - Pengusaha Bauksit Kira Duit Berjuta Sehingga Manusia Tak Berdosa Jadi Mangsa.



3 kanak-kanak lemas angkara bauksit 

Tiga kanak-kanak termasuk dua beradik ditemukan lemas di dalam sebuah kolam takungan bekas perlombongan bauksit di Taman Sungai Karang Jaya, di sini hari ini. 

Mangsa, Sasabella Zulhairi, 12, dan adiknya, Mahathir Mohamad, 7, serta Nureen Ain Juwita Mohd. Sharif, 10, ditemukan meninggal dunia dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 petang tadi. 

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri, Anuar Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 5.55 petang dan enam anggota bergegas ke lokasi kejadian. (Utusan

Kolam takungan bauksit dibiarkan tanpa tindakan pembersihan dan sekatan masuk

Menurut Mohd Sharif Awang Ngah, 50, bapa kepada seorang daripada mangsa lemas Nureen Ain Juwita, 10, tindakan itu terpaksa diambil selepas tidak berpuas hati dengan tindakan pengusaha lombong bauksit sebelum ini yang membiarkan kawasan berkenaan tanpa mengambil sebarang langkah keselamatan.


Bapa mangsa timbus kolam selepas pengusaha abaikan aspek keselamatan - kerajaan negeri pun tak peduli untuk lakukan langkah pemantauan ke?

Kira-kira 20 penduduk Taman Sungai Karang Jaya, di sini, mengambil inisiatif menimbus bekas lombong bauksit di kawasan perumahan itu, 6 petang tadi selepas kejadian tiga kanak-kanak lemas, semalam. 

"Tindakan ini bukan untuk saya sahaja tapi semua penduduk kampung dan taman yang marah dengan pengusaha lombong membiarkan kawasan itu. "Saya harap pihak berkuasa ambil langkah segera timbus dua lombong ini sebelum lebih banyak kejadian tidak diingini berlaku," katanya. (Harian Metro)

Keluarga mahu saman untuk beri pengajaran

Datuk kepada Nureen Ain Juwita Mohd Sharif, 10, yang mati lemas di kolam bekas lombong bauksit dekat Kuantan petang semalam berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menjalankan aktiviti perlombongan di situ. 

Aidil Omar, 78, berkata pihak terbabit sepatutnya mementingkan aspek keselamatan dengan mengambil langkah menimbus semula kawasan lombong yang dikorek supaya tidak terbiar begitu sahaja sehingga boleh meragut nyawa orang lain. 

"Saya hendak saman pihak (jalankan perlombongan) bauksit ini... saya sangat sedih sebab dia cucu yang sangat rapat dengan saya, boleh dikatakan setiap hari Nureen Ain akan datang bermain di rumah saya. 

"Pihak berkaitan kena pandang seriuslah benda ini sebab mereka korek bauksit di kawasan yang dekat dengan rumah penduduk, selepas ini saya akan minta bantuan nasihat cara yang perlu saya buat untuk teruskan saman ini," katanya. 

Beliau berkata demikain kepada pemberita ketika ditemui selepas urusan pengebumian jenazah Nureen Ain di Tanah Perkuburan Islam Sungai Karang Darat, dekat Kuantan, hari ini. Aidil yang juga pesara tentera itu berkata tindakan itu bagi memberikan pengajaran kepada mereka yang mengaut keuntungan dengan cara mudah, namun pada masa sama, membahayakan keselamatan penduduk. 

Beliau dalam masa yang sama turut merayu kepada pihak kerajaan negeri supaya mengambil tindakan segera menimbus semula kolam bekas lombong bauksit yang terbiar di sekitar daerah ini dan memagar kawasan berkenaan untuk menghalang kanak-kanak bermain di situ. (Bernama)