Beli Vios, Honda City Banyak Bawa Fresh Grad Ke Neraka Kewangan

Oleh : Hasni Liana Haji Ahmad

Wahai anak muda dan para graduan, tahukah anda bahawa kereta Vios, Honda city dan yang seangkatan dengannya mampu memandu anda ke #NerakaKewangan. Sebelum ni saya memang pernah dengar cerita ni. 

Tapi sekadar intro tanpa jelas jalan ceritanya. Namun selepas seharian berkampung bersama warga #seminarBMW semalam, ternyatalah cerita itu memang benar dan mengerikan. Ada masa petang-ptang sikit nanti saya share. 
InsyaAllah

Ramai mungkin terlepas pandang terutamanya golongan muda yang baru berkerjaya tak kurang pula golongan pertengahan yang baru nak stabil peribadi dan keluarga. Kereta “mampu beli” yang mereka beli dan pandu akhirnya membawa mereka ke #nerakakewangan. Ini kerana mereka hanya “MAMPU BELI” namun tidak “MAMPU BELA” dan akhirnya menjadi tidak ” MAMPU MILIK”.
Senarionya :
Adam (bukan nama sebenar) seorang graduan yang baru bekerja dan menjawat jawatan eksekutif muda di sebuah bank terkemuka dengan gaji permulaan RM2500 sebulan. Kerana sudah berkerja Adam merasakan wajib membeli sebuah kereta dan dengan jawatan yang disandang, kereta tempatan bukanlah menjadi pilihan Adam. Lalu Adam memilih membeli sebuah kereta Toyota Vios supaya bila reunion atau balik kampung Adam tak rasa kalah.

Gaji bersih Adam : RM 2500
Ansuran kereta : RM 850 bulanan
Kos Total Penyelenggaran: RM 1169
————-
Baki lebihan gaji : RM 481
————-
Anggaran duit makan : RM300
————-
Baki dalam tangan : RM181
————-
Dengan RM181 sahaja baki bulanan, Adam mula rasa bersalah kerana tak mampu beri mama dan papanya duit belanja . Ini pun nasib baik Adam masih tinggal di rumah ibu bapanya. Bagaimana pula jika Adam perlu membayar sewa? Kos di atas juga tanpa ditolak kos harian lain-lain( miscellaneous).
Hujung tahun ni Adam akan berkahwin, Adam rasa balance RM181 tu kalau kumpul pun tak kan hasilkan RM20,000 sampai hujung tahun nanti. Jadi Adam sudah berkira-kira untuk buat Pinjaman Peribadi dengan bank untuk urusan perkahwinan.
Satu hari seseorang telah datang dan mempromosi kad kredit kepada Adam dengan menjual idea ” setiap orang perlu ada at least satu kad kredit untuk kecemasan encik. ” Adam terfikir yang memang duit tunai dia pon tak banyak, jadi Adam setuju mohon satu kad kredit. Sayangnya, tanpa bimbingan dan cetek ilmu kewangan , Adam tidak sekadar menggunakan Kad Kredit waktu KECEMASAN, namun Adam menggunakannya mengikut PERASAAN.
Ini belum lagi cerita tentang keperluan asas kewangan seperti Perlindungan Takaful dan Simpanan berkala. Pelaburan untuk hari tua pula bila nak mula?
Kemampuan beli rumah? Tak tau lah celah mana Adam nak selongkar!
Adam hanya pandu, pandu dan pandu selesa kereta Vios nya… Sehingga satu saat Adam mula terasa bahangnya.. Ya… bahang api… #nerakakewangan ….
Sekian.
Nota kaki ;
Kos total penyelenggaraan di atas adalah termasuk semua kos penggunaan kereta yang dikira berdasarkan jumlah tahunan dan dibahagikan kepada nilai bulanan. Ini adalah kos tersembunyi yang jarang sekali kita sedari dan buat persediaan ketika kita membuat perancangan dan pemilihan membeli sesebuah kenderaan. Huraian sila rujuk gambar.

Share this :

Previous
Next Post »