t>

Breaking News

Identiti, Gambar 4 Suspek Korea Utara Yang Dikaitkan Dengan Pembunuhan Kim Jong Nam Didedahkan Polis.

PDRM BURU EMPAT LAGI SUSPEK KES PEMBUNUHAN WARGA KOREA UTARA
Kuala Lumpur, 19 Februari 2017 - Empat lagi suspek warganegara Korea Utara yang telah dikenal pasti kini sedang diburu Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kim Chol di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), pada 13 Februari lalu.
Suspek Pembunuhan Kim Jong Nam
4 suspek warga Korea Utara Yang Diburu Polis
Keempat-empat suspek tersebut dikenali sebagai Ri Ji Hyon, Hong Song Hac, O Jong Gil dan Ri Jae Nam. Kesemua mereka adalah warga Korea Utara.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim dalam sidang media yang diadakan di Dewan Theatrette, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman memaklumkan keempat-empat suspek tersebut telah meninggalkan negara ini pada hari yang sama pembunuhan itu berlaku.
4 Suspek Telah Ditahan Setakat Ini
Walaubagaimanapun, beliau turut memaklumkan terdapat tiga lagi suspek yang sedang dikesan terlibat dalam kes tersebut.
Tan Sri Noor Rashid menegaskan bahawa PDRM kini sedang menunggu laporan penuh hasil bedah siasat yang dijalankan pada 15 Februari lalu di Hospital Kuala Lumpur dan beliau turut memberi jaminan bahawa PDRM telah menjalankan siasatan berdasarkan undang-undang negara.
Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes pembunuhan ini untuk tampil membantu siasatan.
Sumber : PDRM