t>

Breaking News

Mahu Anak Kulit Putih, Ibu Ini Dikecam Netizens Tidak Bersyukur - Hitam Apa Salahnya Kritik Netizens.

Seorang ibu dikecam oleh pengguna media sosial kerana terlalu obses mahu mempunyai anak yang berkulit putih. Ibu tersebut juga mengakui memandikan bayi itu dengan air rendaman teh bagi mencerahkan warna kulit anaknya.  

Menurut wanita itu seperti yang dipetik menerusi kenyataannya di Facebook, ketika lahir bayinya berkulit putih kerana dia rajin meminum air kelapa, (pati delima) Gulsan dan susu kambing sepanjang tempoh kehamilan, namun begitu semakin lama semakin gelap kulit anaknya lalu meminta pandangan netizens bagi membantu menyelesaikan 'kemelut' tersebut.

Mahu anak putih melepak

Ibu itu pada mulanya tampilkan soalan berkaitan di halaman (page) Info Ibu Hamil, namun tindakannya itu akhirnya mengundang padah pada dirinya apabila netizens memilih untuk mengecam ibu tersebut kerana terlalu obses mahu memutihkan anak.

Assalamualaikum ibu-ibu.
Anak saya sekarang dah usia sebulan sembilan hari. Waktu lahir bayi lelaki saya putih sangat-sangat, sebab saya rajin minum air kelapa, gulsan, susu kambing sewaktu hamil. Tetapi saya pelik, bila dah bertambah usia dia, makin lama kulit dia menghitam dan tak putih lagi.
Makcik saya kata, mandikan dengan air teh untuk bagi bayi putih kekal tetapi mula dari mandi air teh anak saya menghitam.
Ada tak sebarang petua untuk kulit bayi saya putih kembali?
Penat saya jaga waktu dalam kandungan, dah putih waktu keluar, tup tup hitam tiba-tiba.
Mahukan Anak Kulit Putih Melepak

Bagaimana Nak Putihkan Kulit Bayi
Permintaannya untuk mendapatkan tips menyebabkan wanita itu dianggap seorang yang tidak bersyukur dan ‘obses kulit putih’.
Sebenarnya apa yang diperkatakan netizen itu ada benarnya. Warna kulit bayi adalah bergantung pada faktor genetik bukan pemakanan atau penjagaan luaran. Warna kulitnya bukan penentu peribadi anak-anak. Apa yang penting ialah anak tersebut membesar dengan sihat, cergas dan berjaya dalam hidupnya.
Sapa Kata Hitam Tak Kacak?
Normal anak lelaki berkulit gelap, malahan dianggap macho dan seksi tau!
Tambahan pula, ia adalah normal bagi lelaki jika berkulit gelap meskipun budaya di masyarakat di Malaysia sepertinya mengecam dan menghina wanita yang berkulit tidak cerah. Oleh itu, ibu tersebut sepatutnya menerima keadaan anaknya itu seadanya. 
Lagipun, warna kulit bayi berubah-ubah sepanjang tempoh mereka membesar. Warna kulit kanak-kanak juga berubah sepanjang mereka lalui proses pembesaran. Ketika bersekolah mereka akan sedikit gelap namun beransur-ansur cerah apabila tamat tempoh pengajian. 
Seorang ibu tidak patut merasa rendah diri jika memiliki anak berkulit gelap (jika bimbang diejek-ejek masyarakat) sebaliknya bersyukurlah kerana mampu mengandung dan melahirkan anak di kala ramai pasangan diluar sana yang berkahwin bertahun-tahun namun langsung tak dikurniakan anak. Jika diri kita tidak menerima anak kita seadanya, siapa lagi? 
Kesimpulan.
Apa yang penting ialah keperibadian anak yang kita belai dan kasih dari lahir. Samada anak itu hitam, putih, coklat, sawa matang atau kuning jika dirinya tiada disisi ketika kita sakit, gembira, memerlukan apalah ertinya jika wajahnya secantik bidadari kulitnya putih laksana telur yang baru dikupas, kan? Oleh itu, ibu, bersyukurlah bukan mengeluh.