t>

Breaking News

Stevia Beracun : Elakkan Stevia Diproses Jika Sayang Kesihatan Kata Doktor - Penjual Stevia VS Doktor Di FB.

Perbahasan yang sedang viral ketika ini di media sosial ialah melibatkan seorang doktor yang dikenali dengan nama Doktor Haji Noorul Amin vs penjual dan pengguna Stevia.

Individu berkenaan mendakwa bahawanya Stevia yang telah diproses sebenarnya tiada manfaat kesihatan terhadap tubuh badan manusia dan telah hilang khasiatnya disebabkan kesan pemprosesan tadinya itu. 

Ketika Stevia diproses bagi tujuan pengilangan, ianya telah dicampurkan dengan bahan lain - yang seterusnya membuatkan ia hilang zat aslinya.

Bagaimanapun, penulisan tersebut mendapat kecaman meluas dari pengamal dan penjual Stevia tempatan. Meskipun penulisan tersebut viral, individu tersebut juga menerima kecaman hebat di laman sosial kerana mengkritik Stevia.

Penulis berharap agar doktor-doktor yang pakar dalam page seperti Medical Mythbuster dapat menjawab post yang tular itu bagi merungkai kekeliruan. 

Berikut adalah penulisannya yang menjadi polemik di media sosial ketika ini ;

Oleh : Dr. Haji N Amin.

STEVIA - Pemanis Atau Racun ?

Sejak akhir-akhir ini banyak produk Stevia dipasarkan di pasaran. Sasaran utama golongan peniaga Stevia ini ialah pesakit kencing manis dan penyakit kronik lain. Bukti terbaru menunjukkan Stevia diproses dengan 'methyl-alcohol' dan bahan toksik lain.

Sememangnya Stevia adalah daun hijau tetapi kebanyakkan produk Stevia di pasaran adalah dalam bentuk serbuk atau cecair BUKAN asalnya daripada daun hijau Stevia. 


Produk Stevia yang anda gunakan sekarang adalah ekstrak Stevia yang telah dicampur dengan pelbagai bahan kimia, peluntur warna dan seterusnya dipasarkan sebagai makanan "kesihatan". 

Daun hijau Stevia mempunyai rasa manis 40 kali ganda lebih dari gula putih. Walaubagaimanapun, ia mempunyai kesan selepas rasa manis yang sangat pahit. Stevia yang diproses tidak mempunyai kesan selepas rasa manis ini. Pelbagai bahan kimia antaranya GMO Maltodextrine, GMO gula tebu, GMO Erythritol dan lain-lain ditambah untuk menghilangkan kesan "aftertaste" ini.

Stevia yang diproses ini mempunyai rasa manis hampir 350 kali ganda daripada gula putih. Anda hanya perlu setitis sahaja untuk maniskan secawan air atau sedikit makanan anda.

Pengguna Stevia menyangka mereka menggunakan bahan berasaskan daun Stevia, tetapi sebenarnya mereka tertipu dengan membeli bahan pemanis yang dimaniskan dengan pelbagai bahan GMO. 


Sebagai contoh GMO Erythritol adalah pemanis yang terhasil akibat fermentasi jagung yang dihasilkan melalui modifikasi genetik. 

"Stevia" yang anda gunakan ini adalah kombinasi bahan-bahan kimia merbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan anda sekiranya diambil untuk jangkamasa panjang. Kira-kira 85% stevia yang diproses ini dihasilkan di China.

Daun asli Stevia sangat kukuh. Sel daunnya sukar dimusnahkan dengan dididihkan dalam air atau dengan proses 'centrifuge'. Jadi untuk mengeluarkan ekstrak bahan pemanis dalam daun Stevia dan untuk menghilangkan kesan selepas rasa manis yang pahit, pengeluar produk ini menggunakan pelbagai bahan kimia supaya sasaran mereka tercapai. 


Antara bahan kimia itu ialah methanol, kerosene, alcohol, chlorine, asid, titanium dioksida, arsenik dan bahan-bahan kimia penstabil.

Sehingga kini terdapat lima cara dipatenkan di seluruh dunia untuk proses ekstrak daun Stevia. Kesemua cara yang dipatenkan tersebut menggunakan ALKOHOL. Jadi sebagai umat Islam, penggunaan produk Stevia dalam makanan kita juga diragukan mengandungi bahan haram ALKOHOL.

Jadi fahamlah kita bahawa di dalam botol cecair yang dilabelkan sebagai "Stevia Semulajadi", tidak ada satu bahan pun yang semulajadi. Semuanya bahan kimia. Sekiranya cecair itu berwarna hijau, warna hijau itupun adalah bahan kimia.

Manusia tidak boleh lari daripada PEMANIS. Lidah kita dicipta untuk merasai betapa sedapnya rasa manis ini. Islam menyediakan pemanis semulajadi yang sangat baik untuk kesihatan kita iaitu MADU. 


Walaubagaimanapun, madu pada zaman ini diragui ketulenannya. Pilihan pemanis yang paling sesuai kepada kita pada zaman ini selain madu ialah GULA KABUNG. 

Stevia Beracun
Pandangan Doktor Zubaidi Tentang Stevia
Gula kabung atau 'coconut palm sugar' ialah pemanis yang sangat sesuai untuk pesakit diabetes dan penyakit kronik lain. Ia mempunyai indeks glisemik yang rendah. Malangnya strategi pemasaran besar-besaran yang dijalankan oleh pengeluar Stevia menyebabkan gula kabung menjadi "asing" kepada kita. Kita lebih kenal kepada Stevia berbanding dengan gula kabung yang jauh lebih selamat dari Stevia.

Elakkan Stevia yang diproses selama-lamanya sekiranya anda pentingkan kesihatan anda.

Wassalam

Dr Hj Noorul Amin Hj A Rahman
MD
www.mysweetsunnah.com

Sumber rujukan

Patent – Manufacturing method of pure natural high-purity stevioside – CN 102199177 (Translated from Chinese) http://www.google.com/patents/CN102199177A?cl=en

Patent – High-purity rebaudioside A and method of extracting same https://www.google.com/patents/US7923541

Patent – Process For Extraction And Debitterizing Sweet Compounds From Stevia Plants http://www.freepatentsonline.com/y2016/0015066.html

Patent – Process for production of steviosides from stevia rebaudiana bertoni – US 20060142555 A1 http://www.google.com.ar/patents/US20060142555

Method for extracting active ingredient of natural product (stevia) and uses thereof CN 101138686 (Translated from Chinese) A http://www.google.com/patents/CN101138686A?cl=en

The Aspartame / NutraSweet Fiasco http://www.stevia.net/aspartame.htm

How the Feds Set Frankenstein Free on the Farm, by Dr. Al Sears, M.D. http://www.bibliotecapleyades.net/ciencia/ciencia_geneticfood140.htm

Is Stevia Paleo? https://www.primalorganicmiami.com/is-stevia-paleo/

Cargill to Settle Deceptive Marketing Lawsuit alleging Truvia, Stevia Based Sweetener is Not Natural. http://www.foodnavigator-usa.com/Regulation/Cargill-to-settle-deceptive-marketing-lawsuit-alleging-Truvia-stevia-based-sweetener-is-not-natural

Don’t confuse consumers with stevia messages, by Russ Bianchi
http://russbianchi.com/wordpress/?p=6311

A Tale of Two Sweeteners – Stevia and Aspartame
http://aspartamesafety.com/web/articles/a-tale-of-two-sweeteners-stevia-and-aspartame

Stevia Leaf – Too Good To Be Legal?
http://www.henriettes-herb.com/faqs/medi-2-6-stevia.html

Stevia – A Natural Choice, by Dr. Betty Martini
http://www.dorway.com/martini.html