t>

Breaking News

#ValetDoa : Perkhidmatan Doa Berbayar Di Mekah Ini Dikecam Netizens - Sampai Minta Upah RM5K? Baik Pergi Umrah Terus!

Tahukah anda dalam dunia perniagaan ini ada macam-macam jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh peniaga? Pernah kah anda tahu tentang perniagaan yang menawarkan perkhidmatan baca doa di Mekah? 

Hahh, kalau tidak tahu, maka baca la perenggan yang seterusnya. 


Satu page di FB yang dikenali dengan nama Valet Doa telah  menawarkan perkhidmatan membacakan doa di hadapan Kaabah.

Page berkenaan mendakwa doa yang dibacakan menggunakan servis mereka ‘disahkan makbul cepat’ dan perkhidmatan itu dikatakan akan bermula pada Mac ini.  Ia mendakwa menyasarkan servis itu kepada usahawan dan kepada mereka yang ‘mempunyai hajat yang belum makbul tetapi tidak berkesempatan ke Makkah dalam masa terdekat’.  

Harga perkhidmatan yang dikenakan pula boleh mencapai sehingga RM 5,000 hanya semata-mata dengan membacakan doa pelanggan di Mekah.
 
Bagaimana perkhidmatan yang ditawarkan oleh Valet Doa itu menerima kecaman bertubi-tubi dari netizens kerana dianggap telah menyalahgunakan agama bagi tujuan mencari keuntungan dan hanya menimbulkan persepsi negatif terhadap agama Islam.

Majoriti komen yang ditinggalkan oleh pengguna maya di laman itu berunsur negatif dan sindiran terhadap perniagaan yang ditawarkan. 




Sehingga artikel ini ditulis, pihak yang dikritik tidak menjawab kepada apa-apa respon yang ditulis oleh netizens. Ada juga pihak yang beranggapan page tersebut ialah page troll atau fitnah bagi memburukkan imej agama Islam dan penganut muslim. - Sozcyili.