t>

Breaking News

16 Perkara Tentang Korea Utara Yang Anda Patut Tahu.

Korea Utara adalah sebuah negara yang kurang diketahui umum. Kebanyakan berita tentang Korea Utara adalah tentang nuklear, komunis, pergaduhan Korea Utara vs Korea Selatan dan mengenai tindakan ketenteraan. 

Mari ketahui tentang Korea Utara :

Gambaran mengenai Korea Utara melalui lukisan ini:



Ia mungkin sekadar lukisan tentang sektor pelancongan di Korea Utara. Bayangkan anda sebagai pelancong ke Korea Utara, anda hanya dapat melihat hanya tidak sampai dari 20% dari negara Korea Utara. 

Ia menggambarkan betapa Korea Utara tidak mahu menunjukkan keadaan sebenar Korea Utara kepada dunia.

Ikuti 16 Perkara yang anda perlu tahu tentang Korea Utara.

1. Pemimpin Korea Utara sangat hebat di mata rakyatnya



i) Nama beliau Kim II Sung (1912-1994)


Beliau merupakan pemimpin, Tuhan, Santa Claus, Menteri dan segala-galanya kepada rakyat Korea Utara. Beliau adalah Presiden yang kekal abadi. Ini kerana beliau telah memansuhkan akan jawatan presiden dan tiada siapa yang akan menjadi presiden selain beliau. Dan ironinya mereka mencipta kisah dongeng bahawa beliau telah mencapai banyak kisah yang sangat hebat, walhal sebenarnya beliau tidak pernah pun mencapai seperti apa yang dikisahkan itu.

Dianggarkan sebanyak 34,000 patung Kim II Sung berada di dalam negara. Apa yang boleh dinamakan bersempena nama beliau pasti akan menggunakan Kim II Sung. Jika beliau yang membuka Korea Utara, pastinya negara itu akan bernama Kimilsungland.

Ia seperti satu kesengsaraan kepada rakyat Korea Utara, setiap rakyat dewasa perlu memakai t-shirt yang mempunyai gambar beliau dan setiap pelajar diperuntukkan untuk menghafal ucapan beliau, belajar tentang kejayaan beliau dan tarikh hari jadi beliau.

Hinggakan mereka menukar tahun 2013 kepada tahun Juche 101 (101 tahun kelahiran Kim II Sung's).



ii Kim Jong II (1941-2011)


Anak kepada Kim II Sung dikatakan lahir di puncak gunung suci Korea dan menyebakan musim sejuk bertukar menjadi musim bunga. Hakikatnya adalah cerita itu rekaan semata-mata, beliau sebenarnya lahir di  Soviet Union dan perubahan musim bunga hanya direka untuk menyedapkan kisah hidup beliau.

Beliau adalah seperti bapa beliau tetapi tidak terlalu obses. Pelancong diberitahu supaya mengenali beliau dengan nama Jeneral Kim Jong II.



iii) Kim Jong Un (1983 or 1984 hingga terkini)

 
Beliau mengambil tampuk pemerintahan atas kematian mengejut bapanya pada 2011. Rata-rata tidak mengetahui tentang latar belakang beliau dan ia masih misteri hingga terbaru beliau sebenarnya mempunyai 2 orang abang yang sepatutnya menggantikan bapa beliau tetapi abang beliau seperti tidak berapa seperti lelaki, berkemungkinan gay.

Jika dibandingkan dengan dua pemerintah sebelum ini, mereka mempunyai pelbagai kisah dongeng tentang pencapaian mereka, Kim Jong Un masih tidak diketahui apa yang bakal dikisahkan pada cucu cicit rakyat Korea Utara.




Kemana-mana sahaja anda berada di Korea Utara pasti akan melihat gambar ini. Beberapa peraturan dan undang-undang telah ditetapkan berkenaan pemimpin mereka:

- Setiap keluarga diberikan potrait gambar pemimpin mereka dan diberikan tuala khas untuk membersihkan gambar tersebut setiap pagi. Tuala lain tidak dibenarkan untuk mengelap gambar berkenaan. Akan ada spotchek secara mengejut di setiap rumah di Korea Utara.

- Jika anda berada di hadapan tugu pemimpin Korea Utara anda perlu tunduk dan meletakkan tangan di sisi bukan di belakang. Apabila mengambil gambar bersama tugu, gambar diambil mestila penuh bukan hanya sebahagian tugu. Anda tidak dibenarkan untuk mengambil sebahagian dari bahagian tugu sahaja.

- Jika anda membeli surat khabar dan mempunyai gambar pemimpin di dalamnya, anda tidak dibenarkan untuk melipat surat khabar berkenaan, apatah lagi membuang gambar berkenaan.

Paling mengejutkan analisis dibuat dan mengatakan Korea Utara mempunyai 0 kebebasan berdemokrasi.

Sumber

2. Semua orang setiap masa menipu tentang segalanya 



Kerajaan menafikan fakta kepada dunia, menipu semua orang. Media pula menyiarkan berita palsu. Setiap orang juga menipu antara mereka. Pemandu pelancong pula menipu kepada pelancong.

Seperti tidak ada perkara yang betul, Kerajaan menipu bahawa US akan menyerang Korea Utara. Berita pula menyiarkan Korea Selatan adalah sebuah negara yang di tindas oleh US. Pemimpin pula berkata hidup di Korea Utara adalah hidup yang paling berkualiti dan mempunyai kepuasan tahap tertinggi. Malah, askar yang ditemui seorang pelancong juga menipu jawatan beliau.

3. Semua pelancong ketika berada di Pyongyang hanya dibenarkan berada di hotel yang sama seperti ditetapkan.




Ini kerana hotel ini berada di tengah-tengah pulau yang mana dikawal rapi. Kerajaan takut pelancong akan mengambil gambar yang tidak sepatutnya. Mereka tidak dibenarkan untuk keluar pada waktu malam atas alasan keselamatan. Kebanyakan tempat di Korea Utara tidak dibekalkan eletrik, pemanas dan hanya di Yanggakdo sentiasa bercahaya dan selesa.

4. Propaganda di mana-mana



Propaganda berada di mana-mana, mural di dinding, poskad, pamplet, surat khabar dan di tv.

Ia dikategorikan kepada :

 
i) Propaganda kejayaan dan kehebatan pemimpin mereka
ii) Propaganda militan Korea Utara
iii) Propaganda buruk tentang US dan Korea Selatan
iv) Propaganda kehidupan di Korea Utara yang seronok dan bahagia.

5. Korea Utara anti-US

Mereka selalu melaungkan "Kim Il Sung is a great man," the other half is "The American imperialists started the Korean War and lost, and ever since they've been trying to kill and rape us all and take the country over, but our great military won't allow it." 


6. Nama North Korea

Rakyat Korea Utara bangga untuk menjadi Korea bukan dipisahkan kepada Korea Utara dan Selatan.


7. Tarikh lahir Kim Jong Un tidak boleh diketahui

Ini kerana tarikh sebenar tidak pernah diketahui dan mengecewakan mereka.

8.  Tempat di Korea Utara kadang kala menjadi tempat yang membosankan

Hakikatnya Korea Utara bukanlah negara yang kaya tetapi berlagak seperti tempat yang punyai segalanya.

9. Rakyat masih memperkatakan tentang perang Korea

Walaupun perang Korea telah belalu selama 60 tahun yang lepas, mereka masih tetap memperkatakan sehingga hari ini.

Perang itu juga mempunyai cerita yang telah diolah (dimanipulasi) dan dipropagandakan bermula di US.

10. Murid sekolah memakai uniform yang sama di dalam sekolah atau di luar sekolah


11. Bangunan 105-hotel Ryugyong yang tak pernah siap.

Pembinaan hotel ini telah dibina sejak 1987 dan hingga kini masih tidak dapat disiapkan kerana keadaan kewangan yang tidk mencukupi.




Keadaan bangunan ini seperti roket dan kelihatan seperti ini dari dekat :


Sungguh sadis.

12. Muzium pelik
 

Muzium Mausoleum yang dibina dengan kos sebanyak $100 hingga $900 juta hanya untuk menempatkan mayat Kim Jong II hingga kini.

Pelancong yang masuk juga perlu tunduk hormat (tundukkan kepala) ke arah mayat. Sesetengah pelancong merasa cukup rimas apabila diarahkan berbuat demikian. 


13. Korea Utara mempunyai Polis trafik wanita yang diktator




 14. Kejohanan sukan yang terlalu besar
 


Walaupun Korea Utara adalah tempat yang tidak mempunyai ekonomi yang kukuh tetapi tetap mempunyai kejohanan sukan yang seperti berada di sukan olimpik. Ia melibatkan 100,000 penghibur. 

Kerajaan sepatutnya menumpukan pembangunan untuk kesejahtaraan rakyat, pelik dalam setiap masa mempropaganda keadaan negara yang miskin masih sanggup berhabis wang untuk perkara yang kurang penting.


 15. Tiada rakyat Korea Utara yang dapat akses internet

Tujuan tidak mendedahkan rakyat Korea Utara kepada dunia luar adalah untuk mengelakkan mereka terasa seperti tidak diberi layanan yang baik dan menjaga reputasi mereka. Hanya kerajaan sahaja yang boleh akses internet melalui North Korean intRAnet.