t>

Breaking News

Gagal Dapat #BR1M Kerana Ada Daftar #SSM? Ini Apa Yang Anda Perlu Buat.

Oleh : Ayie Lantana

Saya baru keluar dari pejabat LHDN cawangan dan maklumat yang saya peroleh walaupun saya bukan penerima BRIM.


1. Yang tidak layak, tak kiralah apa sebab boleh kemuka rayuan bermula 3 April – 31 Mei 2017 

2. Kenapa pemohon yang memiliki SSM perlu kemuka dokumen perniagaan? Kerana tujuan kerajaan beri BRIM adalah untuk golongan pendapatan rendah, ade peniaga yang kaya raya dapat BRIM hanya kerana mereka tidak membuat potongan KWSP dan tidak membayar cukai, kerajaan tidak dapat kesan pendapatan mereka dan mereka masih terima BRIM. 

Pemilik SSM yang berniaga kecil-kecilan boleh buat rayuan dengan kemukakan dokumen berkaitan bermula tarikh seperti di atas.

3. Masalah-masalah lain. 

Contoh 1. Perlu kemuka sijil pengesahan perkahwinan 

Terdapat kes pasangan yang sudah bercerai tetapi suami masih mendapat BRIM RM1,050 berbanding dengan jumlah yang sepatutnye RM450 sahaja. Ini secara langsung akan mengakibatkan bekas isteri gagal mendapatkan BRIM kerana taraf perkahwinan mereka tidak dikemaskini di dalam sistem. Selain itu, sistem ini juga bertindak sebagai langkah bagi melindungi hak bekas isteri daripada dieksploitasi oleh bekas suami. Sebarang rayuan dan bukti boleh dikemukakan ke pejabat LHDN seperti tarikh di atas. 

Contoh 2. Tiada pengesahan berhenti belajar 

Mahasiswa yang mendapat baucer buku RM250 perlu mengemukakan dokumen tamat belajar bagi melayakkan mereka untuk menerima BRIM untuk individu bujang sebanyak RM450. Sebarang rayuan dan bukti boleh dikemukakan ke pejabat LHDN seperti tarikh di atas. 

Contoh 3. Nama anda tersenarai dalam tanggungan pemohon lain 

Yang ini perlu semak sendiri, kalau ayah kite sudah menerima bantuan ini, pastikan di dalam permohonan ayah kita, kita tidak tersenarai sebagai tanggungan sekiranya kita bekerja sendiri. Segala dokumen-dokumen yang berkaitan akan dimaklumakan oleh pegawai LHDN selepas mendapat taklimat daripada MOF dan pemohon akan dimaklumkan selepas itu. 

Rayuan bermula 3 April – 31 Mei 2017 dan sila bawa dokumen berkaitan.