t>

Breaking News

Islam Bukan Agama Menghukum, Kenapa Bina Mahkamah Syariah Taiping Kos Berjuta Soal Pemuda Ini.

Oleh : Emran Ahmad

Islam bukan ghairah menghukum
Sebuah projek pembinaan mahkamah syariah baru Taiping yang memuatkan mahkamah tinggi syariah.
Kosnya berjuta ringgit.
Saya kurang bersetuju.
1. Pertubuhan dakwah hendak mendapat dana punyalah susah. Tanya NGO yang giat dakwah kepada non-muslim betapa gila susah hendak dapat duit.
Sedangkan mereka berdakwah dan berhasil tarik ribuan orang bukan Islam untuk masuk Islam!
2. Kerja jabatan agama, mahkamah syariah dilihat kerja dalam pejabat mewah, aircond, kerja menghukum orang, tangkap orang dan dakwa orang.
Sedang kerja-kerja Islam yang dasar seperti mengajar agama, didik orang kampung faham alquran, ceramah, buat kelas fardhu ain, soal jawab agama, ajak non-muslim masuk Islam KEBANYAKKANNYA dibuat oleh ustaz2 NGO dan sukarelawan.
Duit kena cari sendiri, berhempas pulas, kadang2 siap ditohmah macam-macam seperti wahabi, tiada tauliah dll.
3. Agamawan rasmi/kerajaan di Malaysia macam tidak pernah kenal atau mengaji fekah Awlawiyat atau fekah keutamaan.
Tak reti mana yang lebih diperlukan atau lebih utama antara buat bangunan baru sampai kos juta-juta atau salurkan pada projek-projek dakwah dan program pencegahan masalah umat Islam.
Mencegah lebih baik dari menghukum di mahkamah.
P/S :
Kalau saya menjadi Menteri Agama di Malaysia. Saya akan pastikan Jabatan Agama kerjanya turun buka kaunter di tempat awam mengajar orang ramai tentang Islam dan mahkamah syariah ditutup untuk diganti dengan mahkamah muslimin yang qadhinya atau hakim bersifat ehsan dan memahami masalah umat dengan pejabatnya di masjid-masjid.
Saya benci mengkultus dan mengkeramatkan benda2 agama sehingga menjadi pembaziran dan menyusahkan umat.
Masjid akan dikuatkan dan upgrade peranannya jadi pusat komuniti masyarakat Islam.
Biar orang tidak hanya ghairah takbir tetapi datang solat ke masjid pun tidak!