3 Sebab Utama Kenapa Anda Patut Elak Ke China Pada April Ini.

Oleh : Syafiq San
3 SEBAB #bahaya kalau korang pergi ke China hujung bulan ni. 

Dah nak masuk bulan ramadhan, lepastu raya. Ramai peniaga berpusu-pusu berebut-rebut nak pergi ke China,terutamanya. Untuk persediaan stock masing-masing. Ade jugak nak berjalan. 
Gambar Oleh Syafiq San
Tapi Pak Long nak bagi #AMARAN! 3 Sebab jangan pergi ke China , Guangzhou hujung bulan ni ( 15 April - 5 Mei 2017 ) ni sebab :
1. CANTON FAIR 2017 sedang berlangsung.
Canton fair ni adalah pameran atau Expo terbesar di dunia yang mengumpulkan Pengeluar Utama segala jenis mak nenek barang yang kita pakai sekarang ni di Guangzhou. Dalam bahasa mudah nya ialah ( Pengilang yang memang buat produk direct diorang tak melalui orang Ketiga )
Nak buat Gajet? Alat Elektrik? Makanan ? Mainan? Semua nye dekat sini! Serata dunia pengilang berkumpul kat Canton Fair ni. Atau nak jadi pengeskport , barang2 diorang pon kat sinila tempatnye.
Contoh : nak buat Powerbank jenama " Pak Long" ke jenama " Feedmilk atau Femilac " sekalipun atau nak buat makanan kucing muka sendiri, nak buat spageti bentuk muka jiran sebelah sebab kau geram dengan die dan kau nak makan die bile jadi spageti.. kat sinila kau kene datang. 

Tapi kalau setakat buat 10-20 biji powerbank atau 100-200 biji sekalipun, 100kg makanan kucing muka kau atau spageti muka jiran dalam 20-100paket, maybe bukan kat sini. Sebab MOQ sangat-sangat besar.
Kire bisnes ratus ribu, juta boleh datang sini. Hehe
2. HOTEL CEKIK DARAH
Hotel kalau sebelum ni harga dalam 200-400RMB, time nila diorang akan ketuk duit korang semua sampai bilik busuk2 pon boleh jadi mahal sampai 10RMB - 200RMB - 300RMB naik harganya.
Yela orang serata dunia datang, rugila cas murah-murah. Yang datang pulak berduit. Hehe

So, kalau datang nak melancong atau survey barang waktu ni, jangan terkejut harga hotel semalam lebih mahal dari harga barang kau nak beli. Maybe kene bawak khemah? Haha
3. HARGA TEKSI MACAM HARGA KAPAL TERBANG
Harga teksi pun kalau sebelum ni 10RMb je, jangan kau nak mengamuk bila diorang cas sampai 10RMB-40RMb untuk jarak yang kau rasa jalan kaki pon sekejap je sampai. Waktu kemuncak, ramai orang datang tempat diorang, casla mahal-mahal.
Kalau taknak naik teksi, pergi naik basikal diorang bersepah tepi jalan. Tapi kene pastikan ade akaun dengan Wechat . 

So kalau rasa time ni korang datang nak survey, nak jumpa kawan sekolah rendah, buat reunion sempena Manchester Kalahkan Chelsea semalam, maybe simpan dlu hasrat tu. Melainkan korang memang ada bajet yang tinggi. 

Memang BEST n Syiokkkk! Kalau dapat pergi sini cuci mata, tengok pengilang, barang-barang akan up tahun ni, teknologi terkini.. tapi duit pun kene standby untuk di cuci.
Atau yang nak memborong kalau dapat jumpa bos besar , maybe lain rezeki nya. Tapi get ready!
Rancanglah perjalanan korang weh!
Tolong #SHARE dan @tag nama kengkawan yang maybe first time nak ke china.. supaya standby duit nak kawen tu untuk ke sini waktu ni. Haha
Semoga bermanfaat.

Share this :

Previous
Next Post »