#GemaGegarVaganza : Kenapa Perlu Negatif, Sepatutnya Sokong & Bantu Baiki - Respon Hijjaz Kepada Pengkritik

Oleh : Munif Hijjaz

Salam, KENAPA PERLU NEGATIF GGV2017.


Bila masuk ggv ni adalah sorang dua yang tak puas hati, dok kecam sana sini... lalu mengimbau kenangan zaman dulu2 di awal penubuhan Hijjaz. 

Kami biasa lalui zaman orang tak puas hati, ada je yang tak kena dan tak sesuai. Kecam memanjang!!!. HIJJAZ / RABBANI / RAIHAN ni dah sangat lama dalam industri nasyid, dah lalui banyak zaman perubahan, dari mula nyanyi hanya vocal, lepas tu guna kompang, lepas tu masuk drum mechine, lepas tu masuk keybord, gitar, drum dan lain-lain.

Kami tubuhkan In-team kena kecam, "Apalah nasyid lagu cintan??", buat UNIC pun kena kecam "Apalah nasyid pakai gitar", tak dapat dielak, Rabbani pun "Pergi Tak Kembali" apalah lagu rap tak sesuai dengan nasyid, ikut hati dah lama nak sembunyi dalam gua. 

Kadang-kadang kita perlu berubah untuk tujuan yang lebih besar, kami selalu melihat trend dan peredaran zaman, selagi ianya membawa kepada kebaikan dan tak melanggar batas2 yang tidak dibenar, kita cuba mencari kelainan, yang penting jangan hanyut dengan arus kemodenan, kami Hijjaz alhamdulillah sambil nyanyi sempat juga buat kerja2 NGO, Palestin, Syria, Sabah dan lain-lain.

Dulu-dulu zaman awal, Hijjaz, Raihan dan rabbani kami dengan izinNya dapat peluang terbaik di radio & tv, anak2 didik Hijjaz, Inteam, UNIC, Mestica, Alhamdullah masih dapat tempias yang sama. Setelah 20 tahun berlalu, nasyid semakin sunyi dan sepi, tiada lagi rancangan khas untuk penasyid menyampaikan mesej-mesej mereka. 

Kini dengan kehendakNya, lahirlah satu program positif, walaupun bukan dinamakan nasyid, tapi ianya sedikit sebanyak memberi peluang pada penasyid muncul semula di kaca tv, GGV bukanlah program nasyid, tapi ianya satu pentas menampilkan muzik positif, mungkin disebabkan ramai penasyid di dalamnya maka semua merasakan ini program akademi nasyid, sebenarnya bukan Dik Non.. 

Tuan2 dan puan2 yang dikasihi sekalian, cuba kita keluar sikit dari kepompong dan lihatlah dunia dengan lebih luas, ada lebih 50-100 saluran Astro, hanya 1 je yang fokus lebih sikit pada positif, kan lebih baik support dari kecam semata2, sama2 lah cuba membantu membaiki ggv. 

Terima kasih pada peminat2 Hijjaz yang dari dulu tak jemu2 suport kami, awal2 nak masuk ggv ni saya risau sebenarnya, kami ni ada lagi ke peminat huhu, maklumlah dulu rambut hitam sekarang dah tak berapa nak hitam 😭😭😭, tak sangka bila bermula ggv ni, peminat2 lama keluar dari tempat persembunyian nak suport Hijjaz😝😝😝, selagi kami dalam pertandingan harap terus bagi sokongan, kalau dah terkeluar nanti bolehlah kembali semula ke tempat persembunyian..🙈🙈 

Ada yg PM saya, "Abg kenapa masuk GGV?? Saya ni peminat Hijjaz, bila saya tengok semalam program ni, rasanya tak patutlah Hijjaz masuk, saya harap Hijjaz keluar je dari GGV ni", aduhhh.

Saya tak dapat nak jawab untuk soalan ini. Minta tolong yang baca ni jawabkan. Sakitnya tu disini!!!💔💔💔 Agak2 minggu ni Hijjaz di tempat ke berapa?? Serikadi Cintaku ohhhh tidak.

Share this :

Previous
Next Post »