t>

Breaking News

Patutlah Kurus, Dia Beli Pil Kurus Yang Ada Ratusan Telur Cacing Pita - Yang Sakan Nak Kurus Dengan Pil Patut Baca

KURUS
"Doktor, selamat kah produk kuruskan badan yang ada dipasaran sekarang? Ada yang dakwa kandungan produk mereka semuanya bahan semulajadi. Tiada bahan kimia."
Demikianlah antara pertanyaan di peti mesej Facebook saya.
Fakta tentang produk pengurusan berat badan :
   🔺 
Produk yang menggunakan bahan alami takkan berkesan. Chitosan, Garcinia, cuka epal dan sebagainya tak terbukti berkesan mengurangkan berat badan. Testimoni bergambar model 'sebelum-selepas' yang digunakan bukanlah disebabkan produk tersebut. Itu hanya helah penjual saja.
🔺 
Produk yang berkesan pastilah menggunakan ubatan tertentu. Produk kurus tempatan yang menjanjikan hilang berat tanpa senaman kebanyakannya dicampurkan dengan dadah terlarang Sibutramine. Produk ini menyebabkan banyak kesan sampingan.

🔺
Ada juga produk yang mengandungi kaffein berdos tinggi dan ubat penambah tenaga, untuk kegunaan mereka yang kerap bersenam. Tujuannya ialah untuk menambahkan daya tahan senam. Jika anda ambil produk jenis ini tanpa niat bersenam, pasti tak boleh duduk diam kerana jantung bergerak laju. Ia tak sesuai bagi mereka yang berpenyakit dan berpotensi membebankan hati buat jangkamasa panjang.
______________________
Perkara yang lebih penting bukanlah nak kurus tetapi mengamalkan gaya hidup sihat. Buat apa cepat kurus jika paras kolesterol tinggi, sakit sendi, badan lembik dan tiada stamina? Lebih baik bersenam dan hilangkan berat secara perlahan-lahan bagi mendapatkan manfaat maksimum.
Faedah senaman adalah jauh lebih besar dari sekadar menghilangkan berat badan :

🔹   Bersenam boleh mengurangkan risiko penyakit seperti stroke, darah tinggi, kencing manis dan sindrom metabolik
🔹   Bersenam meningkatkan metabolisma badan dengan menambahkan jisim tisu otot berbanding jisim tisu lemak
🔹   Bersenam meningkatkan stamina
🔹   Bersenam memperbaiki mood dan membolehkan tidur lena
🔹   Senaman dengan pemberat (weight training) bermanfaat bagi pesakit sendi (osteoarthritis) untuk menguatkan otot. Otot yang kuat akan mengurangkan bebanan sendi.
🔹   Senaman terbukti mengurangkan risiko nyanyuk (Alzheimer) dan mengekalkan kecerdasan otak bagi mereka yang berumur
🔹   Senaman mengurangkan risiko kanser
🔹   Senaman boleh memperbaiki kehidupan seks bagi mereka yang berumahtangga.
Jadi, lupakan saja ubat kurus! Makanlah secara sihat (eat clean) dan bersenam secara berkala 150 minit seminggu.
Lagipun kurus secara makan ubat atau diet melampau akan menyebabkan anda melantun gemuk semula dengan cepat apabila berhenti makan ubat. Ini kerana badan berubah dari mode kebuluran kepada mode simpanan. Cepat kurus, cepatlah gemuknya.
_______________
Saya tak boleh lupa kisah seorang wanita gemuk yang terdesak membeli pil kurus secara online dari luar negara. Memang berkesan pil tersebut. Hanya beberapa biji dimakan menyebabkan berat badannya turun mendadak. Efeknya berterusan pula walaupun dah berhenti makan ubat tersebut.
Hinggalah dia menjadi kurus kering dan mengalami berbagai masalah kesihatan. Apabila berjumpa doktor dan menjalani pemeriksaan, nak tahu apa masalahnya?
Pil yang dijual itu mengandungi ratusan telur cacing pita. Telur cacing yang ditelan menyebabkan ribuan cacing pita beranak-pinak dalam ususnya dan menelan segala zat makanannya.
Patutlah kurus.