27 Peringatan Untuk Penumpang GRABCAR & UBER.

Oleh : Oh My Media
27 PERINGATAN BUAT PENUMPANG GRABCAR UBER ini telah kami edit supaya nampak lebih sopan & sedap dibaca. 
Ini 27 perkara tersebut :-
1. Rider digalakkan duduk belakang (Tgk drivers). Driver otai tidak selesa rider duduk depan sebab rasa seperti orang perhatikan. 
2. Jangan ajak driver sembang(nak focus memandu,nanti salah masuk simpang). Masuk, duduk & diam. Tegur sapa seperti, Hai! Jemput masuk, good day, terima kasih, Assalamulaikum digalakkan.
3. Sediakan duit kecil. Ya memang tanggungjawab driver sediakan duit baki. Driver lama dah maklum. Tapi driver baru tu, diorang manja.
4. Jangan suka buat remeh, ping trip RM3. Anda bayar RM50, anda fikir driver ada masa untuk sakit kepala? Kalau driver bagi 47 keping duit RM1 anda jangan marah driver pula ya.
5. Jangan makan KFC atau Mcdonald dalam kereta Grab Uber. Even jangan makan at all. Emphasize on KFC and McD sebab bau dia melekat.
6. Aircond; kalau sejuk beritahu, panas beritahu. Serius driver tak marah kalau anda minta kuatkan aircond.
7. Radio; Jangan gatal tangan tukar siaran. Kalau trip anda bawah 10km, duduk diam & dengar saja. Kalau jauh, anda boleh minta driver tukar.
8. Mabuk; setiap poket seat ada plastik driver sediakan. Bila anda balik clubbing, nak muntah, guna plastik tu.
9. Jika anda muntah juga. anda kena bayar gantirugi cuci kereta minimum RM150-200. Anda tak bayar, akaun rider anda akan disuspend.
11. Promo; jika anda urgent, jangan guna promo, sebab driver noob banyak ignore promo. Guna promo di waktu senggang je. Contohnya weekend.
12. Ping; bila anda dah ada kat Lobby Condo, baru ping. Jangan marah kalau anda lambat kena cancel.
13. SOP; bila masuk, driver selalu tanya kan; "Cik ni Atiqah? Nak pergi Pavillion?" Anda jawab je. Driver bukan tak baca apps cuma driver dah banyak kali dapat rider orang lain. Atau dia salah letak lokasi lain. Nak pergi Concord KL, dia letak Concord Shah Alam.
14. Bila driver tanya nama dan destinasi. Dia sebenarnya nak confirmkan detail sama dengan dalam apps tu. Simple.
15. Grabshare; anda memang dah tahu akan share trip tu dengan rider lain. So anda takde hak bagi consent driver tu boleh gi ambil ke tak 2nd rider.
16. Cancelation; jangan cancel ping bila driver dah dekat. Ya, driver tak boleh buat apa. Tapi anda akan disumpah. Akaun anda akan diboikot.
17. Driver Cancelation; driver banyak cancel ping sebab
A. Anda lambat
B. Text or call tak reply.
C. Pickup terlalu jauh contohnya 5km. 20 minit
18. Jika pickup destination anda dekat & simple. Dan drop off pun dekat, selalunya driver akan datang terus tanpa sms atau call dulu. Jangan ingat driver tak sms atau call tu maknanya dia taknak datang. Cuma dia rasa not worth it untuk call. Ping 3 ringgit je pun.
19. Rating, jangan suka rating driver terlalu rendah kerap sangat. Rate rendah bila driver terlalu problem. Sebab bila rating rendah, driver kena suspend. Driver sikit. Anda nak dapat driver susah, dah la takde kereta nak pergi kerja. Sedarlah diri sikit.
20. Prinsip Asas; Duit tu duit anda. Kereta tu kereta driver. Anda tak suka, anda boleh berhenti dan keluar. Jangan simpan dendam kesumat.
21. Jangan hempas pintu kereta Grab/Uber.
22. Tertinggal barang : jika tertinggal barang dlm kereta. Anda yg pergi kepada driver untuk ambil. Bukan driver yg hantar. Jika driver insist utk hantar, bersopanlah dengan memberi tips duit minyak. Hantar barang ni bukan obligation driver.
23. Teknik guna apps; guna apps tu, tengok kereta driver pusing-pusing dalam apps cari anda, anda nampak driver sesat, call lah untuk guide dia.
24. Update Rider's Apps anda selalu. Guna chat dalam apps untuk berkomunikasi dengan driver.
25. Kebanyakan driver partimer adalah profesional. Ada kerja engineer, akauntan, arkitek, pengurus, exec. Jangan suka underestimate orang.
26. Dalam apps ada fungsi notes/nota. Tulis dalam tu "saya di entrance COACH" contoh. Sebab mall besar susah nak jumpa rider. Pintu masuk banyak.
27.Jangan bermadu kasih dalam kereta. Hormat sikit dekat driver.
Tak banyak pun kan cuma 27 peringatan buat penumpang GrabCar Uber. Sekarang anda dah fahamkan apa tanggungjawab anda sebagai rider. 
So, sama-sama kita jalankan tanggungjawab masing-masing. Kalau ada masalah bawa berbincang dengan driver.

Share this :

Previous
Next Post »