t>

Breaking News

Doktor Kongsi Pengalaman Isteri Cuba Merasuah Agar Tutup Kes Dibantai Suami.

Cuba Sogok Doktor, Apa Tindakan Aku
Sepasang suami isteri datang menemui aku. Sambil berpegangan tangan ala-ala kekasih romantis sangat menyapa aku, "Doc kenal saya lagi? Haritu ada datang jumpa doc."
"Puan siapa ye? Saya tak ingat puan," jawab aku sambil menggaru-garu kepala.
"Ala doc, saya ni yang kena pukul kat suami," si isteri cuba nak yakinkan aku. Si suami sebelah hanya memperagakan muka ala sembab padu. "Oh ya! Puan yang kena pukul kat suami dengan spanar kereta tu ya," balas aku sambil beri senyuman sinis. "Ah ha doc. Saya la tu. Ini suami saya," sambil si isteri menunjukkan jari ke arah suaminya.
"Dah baik ke luka kat muka puan tu?" Pertanyaan aku bersahaja.  
"Mmmm... Ok dah kot." Balas si isteri.
Si isteri cuba membuka satu persoalan, "Begini doc. Haritu doc ada buat medical report pasal kecederaan saya dipukul suami. Boleh tak doc tarik balik report tu? Sebab suami saya sekarang kena hadir perbicaraan kes tu."
Gambar Hiasan - Zakimi
"Eh! Tak boleh puan. Itu laporan pemeriksaan saya keatas puan sebagai pesakit saya. Kalu saya tarik, itu dah menyalahi etika saya sebagai seorang doktor." Balas aku.
"Kesian suami saya doc. Nanti masuk penjara. Ginilah doc, kami sanggup bayar doc." Ayat-ayat cuba nak merasuah aku ni. "Ok. Jadi, berapa nak bayar saya ni?" Soalan dari aku yang akan cuba memerangkap mereka.
"200 ringgit cukup tak doc?" 
 
"Mana cukup. Kalu nak bayar, saya mintak RM 3.8 juta. Ok tak?"

"Eh melampaunya sampai 3.8 juta. Nape banyak sangat doc nak."
"Ye laa. Nanti saya terima duit rasuah ni saya kena buang kerja dan masuk jail. Sapa nak bagi makan anak bini saya. Kalu dah keluar jail saya kena ulang alik ke mekah. Kena tobat banyak-banyak depan ka'bah. Almaklumlah dosa kan rasuah ni. Cukup kot 3.8 juta untuk semua tu." Sepasang suami isteri tersebut berlalu pergi dengan serta merta. Haha.
Itulah, masa bergaduh laki bini tak ingat dosa dan undang-undang. Masa baik-baik, bukan main romantis sangat mengalahkan cerita Fattah Amin dan Neelofa. Aku juga nak disogok, nak ditarik ke nereka. Owh tidak!
"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)." Al-Baqarah: 188