Jus Pamoga Bukannya Boleh Rawat Darah Tinggi DSV kata Doktor..

Oleh : Afiq Rahim

DATO SERI VIDA MENGHIDAP DARAH TINGGI?

Heboh DSV menunjukkan bacaan tekanan darahnya yang terlajak tinggi. Bahkan beliau sendiri mengaku bahawa bacaannya pernah naik melebihi 200 bagi bacaan atas (systolic).



Ini berlaku akibat tekanan perasaan yang dialami beliau berikutan isu penajaan satu program di televisyen baru-baru ini.

DSV mungkin antara rakyat Malaysia yang menghidap darah tinggi. Kadar peningkatan pesakit darah tinggi amat ketara dalam 5 tahun kebelakangan ini.

Bagaimana seseorang itu disahkan darah tinggi?

Apabila Bacaan tekanan darah yang melebihi 140/80 dua kali berturut pada selang masa dan keadaan yang tertentu boleh disahkan menghidap penyakit darah tinggi atau Hypertension.

Darah tinggi amat mudah terjadi jika terlalu stress, gaya hidup yang tidak sihat, pemakanan yang tidak seimbang, merokok, kurang aktif bersenam dan faktor lain.

Bagi bacaan melebihi 180/100 ke atas seperti DSV adalah disarankan segera berjumpa dengan doktor untuk menurunkan bacaan tersebut.

Ini kerana risiko untuk serangan jantung (heart attack) atau angin ahmar (stroke) amat tinggi sekali.

Komplikasi bacaan tekanan darah seperti DSV antaranya adalah buta, kerosakan buah pinggang, lemah jantung dan pelbagai masalah kesihatan serius yang lain.

Bagaimana pula rawatannya?

Sudah pasti bukannya Jus PAMOGA sebagai rawatan darah tinggi seperti mana yang dilaung oleh ejen syarikat DSV dan Dato Vida sendiri.

Pesakit ada dua pilihan samada mahu makan ubat atau tidak. (Sebenarnya kedua-duanya diperlukan).

Pilihan tidak mahu makan ubat amat murah dan baik untuk jangka masa panjang. Iaitu bersenam sekurang-kurangnya 5 kali seminggu selama 30 minit sehari, mengambil diet pemakanan yang seimbang, berhenti merokok, tidak mengambil alkohol dan mengawal stress.

Kelihatan mudah tetapi ketahuilah bahawa ianya memang sukar dilaksanakan.

Cara ini memerlukan mentaliti yang kuat untuk Sihat. Jika tidak mampu mengubah gaya hidup kita maka makan ubat jugalah jawapannya terutama bagi pesakit yang konsisten tinggi tekanan darahnya seperti bacaan DSV ini.

Makan ubat turun tekanan darah adalah untuk mengawal tekanan darah dan mengurangkan risiko komplikasi kesihatan yang lain.

 Sebaiknya berbincang dengan doktor sebelum membuat apa-apa keputusan.

Buat Dato Seri Vida, mungkin sudah tiba masanya Dato Seri berhenti menaja program hiburan yang tidak bermanfaat. Banyak lagi program ilmu dan agama yang jauh bermanfaat memerlukan sumbangan Dato Seri.

Insyallah hati lebih tenang, rezeki lebih barokah, umat beroleh manfaat, saham akhirat berpanjangan.

Oh jangan lupa dapatkan pemeriksaan dan rawatan segera daripada doktor bertauliah ye.

Ikhlas,
Dr Afiq Rahim
Mujur ada….

-----
*Nota tambahan oleh Dr Oteh Maskon, Pakar Jantung HUKM.

Evidence based medicine menyarankan untuk pesakit yang tahap BP nya 'moderate or severe' walaupun tanpa faktor risiko lain, merawat dengan ubat terbukti dapat menurunkan BP dan memberikan perbezaan dalam outcome berbanding placebo.

Data meta analysis menunjukkan level >150mmHg (mortality difference). Salim Yusuf dlm kajian HOPE 3  menyarankan level >143.5 atau purata BP 154mmHg sebagi 'cut off' di mana intervensi dengan ubat dapat memberikan perbezaan positif dlm outcome.

Walaubagaimanapun tidak dinafikan kepentingan ’non-pharmocological' intervention yg Dr sebutkan dan hasil penurunan BP akan diterjemah dlm outcome, cuma untuk BP yang moderate atau lebih tinggi biasanya tidak akan dapat dikawal dengan intervensi tanpa ubat saja, dan kesan pada 'end organ' adalah lebih drastik pada masa yg singkat.

Sumber info: https://www.youtube.com/watch?v=QSMgOKDsVrE

Share this :

Previous
Next Post »