t>

Breaking News

Periuk Meletup Secara Live, Go Shop Mohon Maaf, Hentikan Jualan Produk.

Sabtu lalu ketika platform e-dagang terkenal, Go Shop bersiaran secara langsung di saluran Astro TV (118), penonton dikejutkan dengan insiden letupan melibatkan peralatan memasak periuk tekanan (Pressure Cooker). 

Insiden tersebut menjadi tular di laman sosial sejak beberapa hari lalu. Malahan kejadian tersebut berjaya dirakamkan penonton juga. Di Twitter rakaman periuk meletup telah dikongsikan sebanyak 22,000 retweet sejak ia mula disebarkan. 

Ketika kejadian, seorang tukang masak dan dua pengacara program berkenaan dilihat sedang membuat demonstrasi barangan jualan secara tutorial di kaca TV, sebelum beberapa saat kemudian periuk tersebut secara tiba-tiba meletup. 

Akibat letupan kuat, bahan makanan di dalam periuk tersebut tercampak dan periuk menjadi bengkok. Turut kedengaran suara pengacara lelaki yang cuba mengawal situasi tersebut berkata, “Wow! dashyatnya kita punya produk kali ini”.


Susulan insiden tersebut, Go Shop dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan insiden yang berlaku pada Sabtu lalu melibatkan set alat memasak Cuoco Volcanic Rock bukan berpunca kerana masalah kualiti produk, sebaliknya kesilapan pemasangan produk dan ‘principal’.



Pihak Go Shop juga meminta maaf berhubung kejadian dan telah menghentikan jualan produk berkenaan sehingga siasatan selesai. - Sozcyili.