Rosyam Batu Api! Netizens Luahkan Kemarahan.

Walaupun insiden David dan Mat Over telah berlalu hampir sehari, netizens masih galak memperkatakan tentang hal itu. 

Di kalangan penyokong politik pro kerajaan condong mengkritik David manakala di kalangan penyokong pembangkang pula, condong mengkritik Mat Over. Ini menyebabkan tercetusnya elemen racist ketika masing-masing beria menzahirkan hujah. 

Tidak dilupakan juga sebahagian besar kritikan yang dilemparkan adalah menyalahkan peranan Rosyam Nor sebagai moderator. 

Rosyam Nor dituduh bersikap batu api kerana secara tiba-tibanya mengeluarkan kenyataan "Dia ni memang kurang ajar" ketika memegang bahu Najib razak. 

Kenyataan itu ditujukan oleh Rosyam kepada David Teo yang sebelum ini mempertikaikan gaya moderator Rosyam Nor yang berat sebelah. 

Akibat dari keceluparan mulut Rosyam itu, ramai netizens mengeluarkan respon bahawanya Rosyam Nor tidak profesional ketika menjalankan tugas sebagai moderator. 


"Maaf cakap lah tetapi baik terus berlakon je.Tak layak jadi moderator. Jangan ambil job jika kurang pengalaman," kata Miera yang meluahkan kemarahan berikutan tindakan kurang profesional Rosyam dalam mengawal keadaan.

Rosyam batu api! 



"Hilang respek pada Rosyam. Kenapa perlu berbisik macam tu pada Najib. Tak nampak ke yang Mat Over tu yang terlebih" kata Nor Hafizah pula. 
Pandangan majoriti netizens tentang sikap ketidakprofesionalan Rosyam Nor ada benarnya. Semoga Rosyam Nor menerima segala kritikan dengan berlapang dada.  - Sozcyili. 

Share this :

Previous
Next Post »