t>

Breaking News

Saya Hanya Nak Ajar Dia Hormat Kata Mat Over Dalam Insiden Tampar David.

Mat Over,  pelakon yang mahu menampar David Teo pada semalam dalam program TN50 - Seni mempertahankan tindakan beliau yang menyerang David Teo. 



Menyifatkan tindakan itu adalah berpunca dari kegagalan David Teo untuk menghormati Najib Razak sebagai Perdana Menteri dan Rosyam selaku moderator majlis. 

“Saya tak rasa apa yang saya buat itu keterlaluan kerana tindakan berkenaan untuk mengajarnya cara beradab terutama di hadapan pemimpin yang menjadi tuan rumah pada acara ini.

"Saya juga tidak kesal dengan tindakan ini kerana sikap David tidak menghormati Perdana Menteri dan Rosyam selaku moderator. Sepatutnya sebagai rakyat Malaysia perlu ada adab dan hormat-menghormati," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kejadian berkenaan. 


Dalam pada itu David Teo memaklumkan beliau bersedia memaafkan pelakon itu dan tidak akan mengambil tindakan undang-undang. 

"Tiba-tiba saja dia meluru serta menampar saya. Saya hanya mempersoalkan tindakan Rosyam tidak menggunakan pentas bulat itu dengan sepenuhnya dan hanya fokus satu arah di depan saja sedangkan saya juga mahu bertanyakan soalan kepada Perdana Menteri.

"Saya tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang dan sudah memaafkannya," katanya.


Semalam David semasa mempertikaikan Rosyam Nor yang tidak memberinya peluang untuk bercakap dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak telah diserang oleh Mat Over. 

Kedua-duanya kemudian dibawa keluar dari dewan sebelum majlis disambung semula. Bagaimanapun kedua-duanya akhirnya bersalaman - salaman di hadapan Najib selepas didamaikan oleh pemimpin itu.  - Sozcyili