t>

Breaking News

Tak Dijemput Ke Majlis Kahwin, Azwan Ali Buang CD Zikir Hafiz Hamidun Ke Tong Sampah.

Selebriti yang terkenal dengan cerita sensasi dan kontroversi berikutan mulut lasernya, Azwan Ali kali ini tampil dengan kemarahan barunya.

Kali ini menerusi Instagramnya, Azwan Ali meluahkan ketidakpuasan hati terhadap Hafiz Hamidun dengan membuang CD Zikir yang dinyanyikan oleh penyanyi itu ke dalam tong sampah.


Ini gara-gara Azwan Ali berasa kecil hati kerana tidak diundang ke majlis perkahwinan Hafiz Hamidun bersama pasangannya, Siti Arifah Amin seorang usahawan komestik terkenal. Pasangan itu diraikan dalam satu majlis bersejarah yang bertempat di Shah Alam pada 1 Mei lepas.


Carutan terpaksa. Kau ingat aku hadap sangat nak makan nasi minyak kau? Eeeee buang k,” tulis Azwan Ali di akaun media sosialnya itu.


Azwan Ali dikatakan berkecil hati kerana Hafiz Hamidun tidak menjemputnya ke majlis perkahwinan tersebut meskipun merasakan mereka berdua mempunyai hubungan yang agak erat memandangkan Hafiz Hamidun adalah pembeli tetap rendang yang diniagakan oleh Azwan sejak beberapa tahun yang lepas.

Tinjauan di laman itu juga mendapati rata-rata netizens mempertikaikan tindakan Azwan Ali, ini kerana bagi netizens perbuatan Azwan Ali sangat kebudak-budakan namun selebriti berkenaan bertindak mempertahankan diri dengan respon-respon yang lebih sensasi. - Sozcyili