Ayam Kini Mencecah RM10 Sekilogram - Mana Pegawai KPDNKK?

Memetik laporan Harian Metro, tinjauan yang dilakukan di Pasar Jalan Chow Kit dan Pasar Borong Selayang, Selangor ternyata berlaku peningkatan terhadap harga ayam dan daging. 

Malah, akhbar itu melaporkan barangan keperluan lain seperti santan dan juga sayuran juga mengalami kenaikan. Bagi harga ayam mentah sahaja ia meningkat sebanyak RM2 hingga RM3 sekilogram dan mencecah menjadi RM10 sekilogram berbanding hari biasa yang cuma RM7 atau RM8 untuk sekilogram

Peniaga ayam, Ismail Rahman, 35 berkata kenaikan itu berlaku kerana bekalan ayam mentah yang tidak mencukupi. 

Harga ayam segar masih lagi terkawal namun hanya naik sedikit saja berikutan bekalan tidak mencukupi, selain ia harga yang ditawarkan pembekal,” katanya seperti dipetik dari akhbar itu. 

Manakala, bagi penjual daging Hassan Mohamad Ramli, 40 berkata harga mungkin meningkat lagi bergantung kepada permintaan semasa. 


Harga berkenaan sudah biasa memang akan naik setiap tahun dan pelanggan pula tak kisah kerana ianya hanya berlaku pada musim perayaan saja. 

“Barangan keperluan seperti ayam dan daging akan mengalami masalah bekalan tidak mencukupi dan peniaga pula menjualnya berdasarkan harga yang ditawarkan pembekal,” katanya. 

Setiap tahun menjelang musim perayaan terutamanya sekali pada Hari Raya Aidilfitri, harga ayam dan daging akan mengalami kenaikan yang mendadak. 

KPDNKK meskipun memberikan janji sama setiap tahun bahawanya akan memantau peniaga dan pembekal yang menaikkan harga ayam dan daging secara keterlaluan, namun masih gagal menyelesaikan masalah tersebut. - Sozcyili

Share this :

Previous
Next Post »