t>

Breaking News

Dibelasah Ramai-Ramai Kerana Cabul Penumpang, Maaf Pemandu Uber Ini Sebenarnya Mangsa Fitnah Kata Adik Ipar.

Sebelum ini Utusan Online melaporkan, seorang pemandu Uber menerima padah dibelasah lebih 10 lelaki selepas didakwa cuba mencabul seorang penumpang wanita warga Vietnam. 

Berita itu menyebut, dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang semalam, pemandu berkenaan didakwa bertindak membuka seluar dan menarik tangan mangsa supaya memegang kemaluannya ketika membawa mangsa dari Lintang Paya Terubong ke Agryll Road di sini. 

Turut dilaporkan kenyataan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar, bahawanya ekoran kejadian itu, suspek dipukul oleh 10 lelaki termasuk suami mangsa berdekatan sebuah restoran di Lintang Paya Terubong menyebabkan dia cedera di bahagian kepala, tangan dan kaki kiri. 

Bagaimanapun lain pula kisahnya di sosial media. Amyrul Shazary menulis di Facebooknya bahawanya pemandu Uber itu sebenarnya menjadi mangsa fitnah oleh wanita Vietnam yang juga penumpang kepada pemandu tersebut.

Berikut adalah penjelasan dari pihak Amyrul yang juga mewakili pemandu Uber tersebut. Amyrul turut memaklumkan pemandu itu adalah abang ipar kepada beliau.

Oleh : Amyrul Shazary  

Lelaki ini ialah abg ipar aku sendiri, nama dia Sukri Ramli, kerja dia ialah part time sebagai pemandu Uber, semalam 6/6/2017, dia dapat customer warga Vietnam yang suruh pickup dia dekat Paya Terubong, Pulau Pinang, lepas settle semua kerja seperti biasa, dia pun macam biasa pergi ke tempat kerja di balik and sambung kerja. 

Then keesokkannya or hari ini 7/7/2017, semasa melakukan kerja sebagai pemandu Uber, beliau menerima satu panggilan dari perempuan Vietnam tersebut untuk mengambilnya di tempat yang sama iaitu Paya Terubong, memang standard la kan customer, memang kerja dia sebagai pemandu Uber pun, so Sukri ni pun pergi lakukan kerja macam biasa. 

Setelah sampai, perempuan Vietnam tu pun naik lah. Tiba-tiba, kereta yang dipandu beliau ditahan oleh sekumpulan lelaki bangsa Cina, seramai lebih kurang 20 orang dan 2 orang yang bersenjatakan Kayu Besbol, Sukri ni pun terbingung apa kesalahan dia ? 


So dia turun untuk tanya, tak sempat nak tanya terus dihentam beramai-ramai dan 2 orang dari Cina tersebut memukulnya dengan kayu besbol serta ORANG AWAM sekali join pukul, memang teruk dia kena, lastly dia bertahan lah kan, dan tanya apa kesalahan dia? 

Cina tersebut memberitahu Sukri ni telah melakukan GANGGUAN SEKSUAL kepada perempuan Vietnam tersebut, so Sukri ni kata la bila masa yang aku buat ? 

Perempuan Vietnam tu kata ada bukti video, lepas dah teruk kena hentam, dan ditanya mana video dan bukti, lastly, perempuan Vietnam tu kata tak ada video, habis yang Sukri ni kena pukul naya lah kan ? 

Lepas tu selamatlah seorang Melayu yang baik hati, beliau adalah Anggota Polis, datang membantunya. Yang mana dok viral taktau cerita sebenar, mai jumpa saya dulu. Kena pukul ramai-ramai dengan senjata satu hal, kereta lagi dipecahkan oleh sekumpulan Cina nie, sapa nak bayar ? 

Dan aku rasa sangat marah and kesal dekat perempuan Vietnam yang menfitnah dia sampai jadi kes macam nih, aku tak maafkan dan semoga kes ni dapat Keadilan Mahkamah Dunia dan Allah S.W.T. 

Saya abaikan semua mulut-mulut orang yang berkata buruk kepada beliau. Insyaallah kebenaran di pihak yang benar. 

Saya mintak semua warga Facebook untuk viralkan kes ni untuk bersihkan nama beliau yang telah tercalar, dan tiada bukti pun yang mengatakan dia melakukan Gangguan Seksual. 

Kalau kena dekat keluarga sendiri apa perasaan anda ? 😥 Kalau anda tak paham apa yang saya smpaikan, boleh lah pm saya. Tq