Jangan Buat Orang Yang Beli Makanan Korang Tu Rasa Sedih Wahai Peniaga Bazar..

Oleh : Sahdam Husin

JANGAN PUTUS ASA.


Tadi ada member tanya nak tips macam mana nak tarik customer beli makanan. Dia berniaga nasi ayam kat bazar dan this is the first year dia berniaga. 

Satu je aku jawab kat dia, jangan putus asa. Allah tu Maha Pemurah. DIA tak akan menghampakan orang-orang yang berusaha dan tak putus asa. 

Orang nampak seronok bila ayah aku berniaga kat bazar, penuh orang beratur. Setiap hari orang dah mula beratur sebelum kitorang sampai lagi. Alhamdulillah. 

Orang nampak yang manis je. Orang tak akan nampak macam mana bermulanya sesuatu tu sampai boleh jadi macam ni. 10 tahun beb. Bukan setahun. Bukan 2 tahun. Bukan 3 tahun. Tapi 10 tahun berniaga nak sampai ke tahap yang macam ni. 

Dari mula masak kat depan rumah je setiap tahun, Alhamdulillah tahun ni masak dekat kedai. Tu pun lepas 9 tahun beb.  Korang boleh bayangkan sendiri macam mana keadaan rumah bila masak banyak-banyak. Bangun pagi sebelum subuh dah keluar pergi pasar sampai laa berbuka tak berhenti kerja wei. Tapi setiap kali tu jangan laa korang mengeluh. 

Ayah aku selalu cakap kat kita orang jangan pernah putus asa kalau berniaga ni. Tahun pertama niaga, kitorng menjerit nak tarik customer, "bang nasi briyani bang nasi briyani" sampai hilang suara. Dari tahun ke tahun, orang dah kenal dan orang mula beratur sendiri tak payah nak panggil-panggil lagi dah. 

Lagi satu ayah aku pesan. JANGAN KEDEKUT waktu niaga. Niatkan laa bersedekah bila kita bagi nasi atau lauk tu lebih dari orang lain yang biasa bagi. Ni memang betul. Setiap satu bungkus nasi briyani kita orang jual inshaallah korang memang boleh kongsi 2 orang. Memang seronok bila ada customer cakap "bang kitorng beli satu nasi je bang tapi cukup makan satu family" . 

Ayah aku tu kalau ada bekas nasi yang lagi besar memang die dah beli dah. Tapi yang die guna ni je yang paling besar boleh jumpa kat pasar tu. 

Kadang-kadang bila aku terpaksa berbuka kat luar dan beli lauk kat bazar, rasa macam sedih giler bila tengok kondisi makanan yang dia orang jual. Rasa macam kenapa laa korang sanggup buat macam ni eh. Tak kesian ke bila orang nak berbuka puasa tapi bila makan lauk yang dibeli tu rasa macam hermm. 

Berniaga ni memang seronok tapi ko kene ada semangat yang tinggi. Jangan berkira sangat soal makanan. Jangan rasa terlalu riak dengan rezeki yang korang dapat. Jangan buat orang yang beli makanan korang tu rasa sedih bila makan makanan yang korang jual tu. Jangan pernah takut nak bagi lebih dan yang paling penting JANGAN PUTUS ASA!

Share this :

Previous
Next Post »