Karipap Inti Bawang Cerita Palsu Untuk Burukkan Imej Peniaga Bazar Ramadhan.

Intinya sebiji bawang. Bagaikan tidak percaya tetapi itulah yang berlaku.

"Nak tahu apa lagi teruk dari karipap inti angin/oksigen? Karipap inti sebiji bawang!," tulis Ris di Twitternya pada semalam.

Perkongsian gambar itu membuatkan ia telah diretweet sebanyak 16,000 kalinya di laman Twitter sahaja.


Gambar yang dikongsikan oleh individu berkenaan lantas menjadi tular di laman sosial. Rata-rata netizens mengecam tindakan peniaga tersebut dan mendesak agar Ris mendedahkan lokasi gerai di mana beliau membeli karipap tersebut.
 

Bagaimanapun individu berkenaan memaklumkan gambar-gambar yang tersebar itu didapatinya menerusi laman Facebook; bukannya originalnya dari dirinya.

Semakan di Facebook pula mendapati karipap inti bawang yang tular semuanya bersumberkan Ris. Siapakah yang sebenarnya membeli dan menyebarkan gambar karipap bawang itu masih tidak dapat dikenalpasti sumber asalnya.

Namun terdapat juga netizens yang mengatakan karipap bawang itu sememangnya wujud; ia adalah sejenis karipap yang dimakan dan dibuat oleh masyarakat Bangladesh. Sejauh mana kesahihan masih menjadi tanda-tanya.

Kalau betul, bagitau beli kat mana..

 
Ada juga netizens yang mempersoalkan kebenaran karipap bawang yang tular itu. Mereka beranggapan ia mungkin satu percubaan oleh pihak tertentu untuk mengviralkan sesuatu bagi mewujudkan isu. - Sozcyili.

Share this :

Previous
Next Post »