Didera Keluarga Angkat, Bayi Setahun Sembilan Bulan Kritikal.

Oleh : Bernama

Gambar - Bernama
Seorang bayi lelaki berusia setahun sembilan bulan berada dalam keadaan kritikal dipercayai didera oleh keluarga angkatnya.

Bayi tersebut kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) dan bergantung kepada alat pernafasan sahaja.

Utusan Online melaporkan, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata pihaknya menerima panggilan dari hospital tersebut yang menyatakan terdapat seorang kanak-kanak lelaki disyaki didera dan kini menerima rawatan di ICU.

Menurutnya, kanak-kanak terbabit dibawa oleh keluarga angkatnya untuk menerima rawatan kerana mengalami penyakit sawan pada Rabu lalu.

Bagaimanapun, semakan rekod mendapati mangsa telah dimasukkan ke hospital untuk kali ketiga dan disyaki ada unsur penderaan memandangkan terdapat beberapa kesan kecederaan lama dan baru pada tubuh mangsa.

Mangsa kini dalam keadaan kritikal dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan sahaja selain dikatakan mengalami sawan yang terlalu lama sehingga tidak sedarkan diri,” kata beliau sebagaimana lapor Utusan Online.

Abdul Wahib menambah, hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan kulit melelcur di tapak tangan kanan dan kiri serta bahagian tapak kaki kanan mangsa.

Ibu dan bapa mangsa yang masing-masing berumur 30 dan 34 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Share this :

Previous
Next Post »