Guru Ditemui Mati Dengan Anak-Anaknya Kecil Disampingnya..

Tular di laman sosial kisah tentang seorang guru wanita yang meninggal dunia selepas selesai menjalani tempoh berpantang kononnya kerana mengalami luka akibat pembedahan melahirkan anak selepas 48 hari melahirkan anak.

Ia dikongsikan oleh Puan Lily Oodin di laman Facebook beliau bagaimanapun kesahihan cerita itu nampaknya dinafikan oleh laporan portal Harian Metro.


Apa yang membuatkan cerita itu tular ialah guru wanita tersebut meninggal dunia ketika bersendirian bersama dua anak-anak yang masih kecil termasuklah yang baru dilahirkan oleh arwah. Anak bayi itu juga dilaporkan menangis hingga kehilangan suara menurut sebaran di media sosial.


Laporan Harian Metro pula menyebut;

Siti Rohana Redzuan, 36, merupakan seorang guru di Sekolah Menengah di Kulai ditemui dalam keadaan kaku diatas katil. 

Turut kelihatan anak-anaknya yang masih kecil di sisi oleh suaminya yang baru pulang daripada kerja kira-kira 8.30 malam kelmarin. Suaminya bekerja sebagai pemandu lori dan keluar dari rumah pada pukul 6.30 pagi lagi. 

Ketua Polis Daerah Kulai. Superintendan Razak Md Said mengesahkan kejadian berkenaan menyatakan bahawa Siti Rohana sedang nyenyak tidur ketika suaminya keluar bekerja. Menurut suami wanita berkenaan, isterinya dalam tempoh bercuti selama lebih sebulan selepas melahirkan anak keduanya. Pihak Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI) Kulai yang hadir di lokasi kejadian mengesahkan wanita itu sudah meninggal dunia. 

Ketika itu, kedua-dua anaknya termasuk yang sulung berusia 19 bulan berada di kiri dan kanan jenazahnya dalam keadaan terjaga. Tambah Razak lagi, bedah siasat telah dijalankan ke atas mayat berkenaan dan mengesahkan punca kematiannya adalah akibat masalah jantung dan paru-paru berair.

Semoga keluarga arwah tabah menghadapi dugaan ini dan arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh hendaknya.

Share this :

Previous
Next Post »