t>

Breaking News

Jangan Biarkan Perempuan Ke Tandas Seorang Diri - Gambar, Video Suspek Kes Cubaan Rogol Di Shell Batu 20 Machang.

Oleh : Lubok Viral Dot Com

Kes Cubaan Rogol Di Stesen Minyak Shell Batu 30 Machang, Kelantan.

Khamis, 13 Julai 2017. Kejadian berlaku pada adik ipar perempuan aku sendiri semasa isteri dan adik aku dalam perjalanan ke KL dan berhenti berehat sekejap mahu ke tandas dan beli air minum untuk bekalan dalam perjalanan nanti.

Waktu lebih kurang pukul 11.30 pagi, siang lagi bro, terang benderang lagi.
Adik aku masuk ke tandas dulu mahu kencing. Di dalam itu ada 4 tandas dan dia dah periksa semua tandas sebab nak cari tandas yang bersih dan ada sebuah tandas yang berkunci (sebab ada orang di dalam), iaitu tandas nombor dua.
Jadi dia masuk ke dalam tandas nombor 4, tandas cangkung. Tetiba ada seorang lelaki panjat dari atas tandas itu dan terus terjun dan terkam dia. Masa dia tengah mencangkung sedang buang air besar. Korang bayangkanlah.
Lelaki ini dengan tidak pakai seluar (nampaklah anu nya), pakai baju saja, cuba mencabul dan merogol adik aku. Menjerit-jerit, meronta-ronta dia cuba melepaskan diri. Si haram jadah itu sudah cium dan meraba semua. Adik aku cuba untuk menelefon isteri aku, tetapi telefon kena tepis dengan si haram ini.
Dalam keadaaan bergelut itu, adik aku dapat gigit si haram jadah itu, tetapi di dengan muka takde perasaan terus juga dengan agenda mahu merogol adik aku.
Ada seorang kakak ini terdengar jeritan adik aku di dalam itu. Kakak ini mul-mula ingatkan adik aku kena histeria, jadi dia tidak berani mahu tolong. Tetapi setelah mendengar rintihan adik aku menjerit, “tolong..tolong..perogol”, barulah kakak itu pergi mendapatkan bantuan (cerita kakak tu).
Ada seorang lelaki ni datang, mungkin bila si haram ini terdengar suara lelaki di luar, terus menggelabah dia panjat balik ke tandas sebelah. Adik aku pun terus buka pintu tandas itu dan terus berlari keluar, tidak fikir apa lagi dah, seluar pun ala-ala jer tarik ke atas.

Dengan muka pucat lesi, adik aku berlari ke kereta, tudung dah koyak, telefon dan cermin mata sudah entah ke mana. Suspek boleh selamba ambil seluar dia kat tandas nombor 2, lepas itu berdiri di tepi tandas (ni akak yang dengar jeritan adik yang cakap).  Siap bagi alasan dia tidak buat apa-apa dan tuduh adik aku salah masuk tandas.
Orang ramai sudah kepung si haram ini sementara tunggu polis sampai. Si haram ini rileks saja, lagi tidak lari pun. Macam tak bersalah (tengok video).
Setibanya pihak polis, suspek kemudiannya terus diberkas dan dibawa ke IPD Machang. Suspek ditahan di lokap dan disyaki berada di bawah pengaruh dadah, ataupun gila seks.
Adik aku? Trauma kot bro. Muntah-muntah, menggigil, sampai demam-deman. Luka-luka dan lebam akibat bergelut dan sudah pun ke hospital untuk pemeriksaan selanjutnya.
Nasib baik si haram itu tidak sempat mahu buat benda yang lebih dahsyat lagi dan sekiranya tidak, pastinya boleh menjejaskan masa depan adik aku sebagai seorang wanita.
So peringatan untuk korang yang baca ni;
1. Tolong teman adik, kakak ataupun mak korang yang mahu pergi ke tandas di stesen minyak, RnR ataupun masjid. Jangan biarkan mereka pergi sendiriran. Kau bayangkanlah, adik aku yang sudah berusia 20an pun mampu untuk melawan sedikit saja. Kalau mak kita yang sudah berusia? Adik-adik yang baru menginjak usia belasan tahun? Aku tidak tahulah jadi apa.
2. Tolong jangan rasa bersalah untuk capai apa saja untuk dijadikan alat mempertahankan diri. Gayung kah, getah paip kah. Kau buat apa saja yang boleh melemahkan penyerang. Pesan-pesanlah pada ahli keluarga dan kawan-kawan, sekarang ini ramai orang gila, gila yang macam-macam.
3. Tolong besan pada ahli keluarga dan kawan-kawan, jerit untuk meminta pertolongan. Sebut dengan jelas ancaman yang dihadapi. Perogol kah, peragut kah, perompak kah. Penting supaya orang di sekeliling alert. 
4. Minta tolong supaya pengusaha stesen minyak dan pihak berwajib supaya pastikan CCTV berfungsi, senang mahu pantau dan apa-apa berlaku, ada bukti waktu siasatan pihak polis. Lepas itu, ruang pemisah antara tandas itu, kalau perlu, tutup terus atau pasang pagar supaya orang di tandas sebelah tidak boleh masuk ke tandas kita.
5. Tolong sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling. Kadang-kadang, kita tidak tahu penyerang ini macam mana.
Jadi, pesanan aku ini, tolonglah sampai-sampaikan. Aku tidak mahu korang pula yang menjadi mangsa manusia binatang seperti itu. Nasib tidak mati kena pukul. Mujurlah orang yang ada waktu itu masih waras dan rasional.
Terima kasih jugak kepada orang ramai yang ada di stesen Shell masa itu yang sudah tolong adik dan isteri aku.
Harap pihak polis dapat buat dakwaan terhadap si haram tu sebab aku nak jumpa dia di mahkamah. Semoga kau mendapat balasan seadilnya. Ni kisah betul. Bukan rekaan semata-mata.