t>

Breaking News

Konon Nak Kongsi Cara Rawat Anak Selsema Tapi Akhirnya Dimarah Netizens Kerana Menyeksa Bayi.

"Ini nak bunuh anak ke atau saja nak viral?". Itulah antara luahan sindiran yang ditujukan kepada seorang pengguna Facebook bernama Rabie Razak. Selain disindir, Rabie juga dimaki dan dimarah bertubi-tubi oleh netizens kerana berkongsikan tutorial yang salah kononnya berkesan bagi merawat anak yang selsema.

Rabie pada awalnya menulis;



Dalam post yang sama, Rabie turut berkongsikan dua video ketika sedang merawat anak yang selsema.


Video berkenaan telah ditonton hampir 1 juta kali. Ia ditonton bukan kerana ramai yang menyukai tutorial tersebut sebaliknya kerana mahu memarahi individu berkenaan di ruangan komen.

"Tu nak ubat ke nak seksa?"
"Orang gila dan bodoh saja buat tanpa henti"!
"Report polis je"




Tak baca arahan ke?




Walaupun video berkenaan tular dengan lebih dari lapan ribu perkongsian dan lapan ribu komen yang memaki hamun dan memarahi tindakan Rabie kepada anaknya, Rabie Razak tidak memadamkan post tersebut malahan buat tidak tahu sahaja terhadap komen-komen yang mengecam beliau di ruangan komen.

Ini sekaligus membuatkan netizens menjadi semakin marah dan mula menyerang Rabie di post-post terbaru beliau.  Malahan ramai juga yang report abuse terhadap video yang didakwa menyeksa anak. - Sozcyili.