t>

Breaking News

Unit Khas JPJ Digantung Serta Merta Kononnya Kerana Berebut Kuasa.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di laporkan telah mengantung semua operasi Pasukan Tindakan Khas, (PTK) buat sementara waktu lapor MassaTV.
Menurut sumber jabatan tersebut ketika dihubungi oleh portal itu, penggantungan yang berkuatkuasa serta-merta itu untuk membolehkan satu semakan dijalankan bagi memastikan keberkesanannya operasinya.
Gambar - Mynewshub
Semua operasi yang diletakkan di bawah PTK sebelum ini telah dihentikan Isnin lalu, berkuatkuasa serta-merta.
“Malah semua pegawai dan anggota PTK telah diarahkan untuk kembali melaksanakan tugas-tugas hakiki mengikut arahan yang dikeluarkan Pengarah JPJ di peringkat negeri,” ujar sumber yang tidak dinamakan oleh MassaTV.
Portal itu turut melaporkan pengantunggan operasi PTK itu mungkin berkait-rapat dengan kemelut dalaman yang sedang melanda jabatan tersebut.
Saya di fahamkan JPJ ketika ini sedang berdepan dengan satu kemelut perebutan kuasa yang melibatkan antara pegawai atasan,” lapor portal tersebut. 
Januari tahun lalu JPJ memperkenalkan penubuhan PTK sebagai pasukan elitnya bagi membanteras kegiatan sindiket, tonto termasuk kereta klon. Pasukan khas itu disertai 25 anggota dilatih khusus pelbagai aspek antaranya, penggunaan senjata api, kemahiran pertahankan diri dan modus operandi sindiket. - Sozcyili.