t>

Breaking News

UZAR, Aznan Tidak Lagi Terlibat Dengan Affiliate Junction.

Sejak minggu lepas beberapa individu termasuklah admin-admin page Pseudoscience Watch telah mengkritik Ustaz Zaharuddin atau lebih dikenali sebagai UZAR dan Prof. Doktor Aznan kerana terlibat sebagai penasihat syariah dalam skim Affiliate Junction Islamic.
Kedua-duanya dikritik oleh PW kerana dianggap membersihkan amalan penipuan yang dikaitkan dengan syarikat tersebut. Namun UZAR dan Prof Aznan pada semalam telah mengesahkan menerusi satu kenyataan rasmi di Facebook bahawanya kedua-duanya tidak lagi terlibat sebagai penasihat syariah kepada syarikat
iSynergy. 
Berikut adalah kenyataan dari UZAR;
STATUS AFFILIATE JUNCTION ISLAMIC
Pada awal bulan Julai yang lalu, pihak kami mengesahkan bahawa kami telah berjaya merangka satu set modul atau struktur cadangan yang lengkap dengan semua syarat-syaratnya untuk dipertimbangkan oleh Syarikat iSynergy International Sdn Bhd bagi memperkenalkan program Affliate Junction yang baharu berstatus patuh Shariah, modul inilah yang diraikan di dalam majlis ‘soft launch’ yang lalu.
Sebelum perlaksanaannya bermula (dijadualkan pertengahan Ogos 2017), beberapa siri mesyuarat lanjutan dan terperinci bagi melihat aspek kebolehlaksanaannya dan pematuhan semua syarat-syarat yang telah ditetapkan; hasilnya pada 19 Julai 2017, pihak iSynergy telah mengambil keputusan untuk TIDAK MENERUSKAN inisiatif untuk melaksanakan program Affiliate Junction yang baharu dan patuh Syariah berdasarkan struktur yang telah kami cadangkan.
Justeru itu, pihak kami dengan ini TIDAK LAGI TERLIBAT DALAM MENASIHATI Affliate Junction dan cadangan struktur Affliate Junction Islamic yang kami ketengahkan dengan ini adalah TERBATAL.
Sehubungan dengan itu, semua promosi dan pemasaran Affliate Junction TIDAK BOLEH menggunakan nama AJ ISLAMIC yang dikaitkan dengan kami. Begitu juga, sebarang penggunaan nama kami dalam bahan promosi AJ dalam bentuk apa sekalipun adalah tidak dibenarkan dan boleh dianggap sebagai bahan yang ‘misleading’ atau bentuk penipuan.
Namun begitu, pihak AJ adalah bebas untuk melantik penasihat Shariah yang lain bagi mempertimbangkan modul Islamik yang lebih sesuai dengan mereka.
Sekian
Dr.Aznan Hasan & Dr Zaharuddin Abd Rahman
20 Julai 2017

Dan berikut pula adalah respon PW terhadap tindakan terbaru UZAR dan Prof Aznan berhubung isu AJ;


Tindakan terbaru UZAR dan Aznan itu adalah bertitik tolak dari keputusan iSynergy International yang tidak bersetuju dengan modul patuh syariah yang dikemukakan oleh UZAR dan Prof. Aznan seperti dalam kertas cadangan sebelumnya. 

Oleh yang demikian, segala kerjasama UZAR dengan syarikat yang dinamakan terbatal secara automatik mulai 20 Julai 2017. - Sozcyili.