t>

Breaking News

Tak Adil Salahkan Pusat Tahfiz Sahaja..

Oleh : Mat Kuantum
Salah siapa??
Sepanjang membesar, belajar dan tinggal di negara Barat terutamanya di Down Under selama hampir 7 tahun, salah satu nikmat dan rahmat terbesar ialah keamanan and keselamatan. Antara keamanan yang dikecapi ialah bank di sana tiada security guard, dan rumah-rumah di sana tidak perlu jeriji besi.
Gambar - Mat Kuantum
Aku masih ingat sepanjang tinggal di Melbourne dan Christchurch, jarang aku kunci pintu semasa keluar rumah meskipun teman-teman rumah aku yang lain akan kuncikan pintu selepas itu. Kadang-kadang sengaja aku tidak kuncikan tingkap agar mudah menyilap masuk melalui tingkap jika kunci rumah tertinggal di dalam bilik. Bukan aku saja, bahkan ramai juga kawan-kawan aku di state (wilayah/negeri) lain seperti Queensland yang tidak kunci pintu rumah hampir sepanjang masa. Walaupun usaha yang terbaik ialah ialah kunci pintu rumah, tapi kami mempunyai keyakinan yang sangat tinggi terhadap keamanan dan keselamatan di Barat terutamanya Down Under.
Tingkap-tingkap kaca di rumah memang tidak perlu dipasang jeriji kerana kami yakin dengan keamanan dan ketenteraman di Barat. Keyakinan ini adalah hasil kerjasama yang kukuh dan berterusan di antara semua pihak: masharakat dan pihak berkuasa & polis. Pendidikan akhlak dan adab di Barat sangat tinggi dan di titik-beratkan supaya masharakat menjaga keamanan kawasan tempat tinggal (housing area). Jarang kita dengar ada rompakan dan kecurian, walaupun memang ada, di sana. Alhamdulillah, sepanjang hampir 7 tahun di Barat, tidak pernah terjadi sebarang kecurian dan rompakan di rumah aku walaupun 4, 5 kali juga aku pindah rumah.
Australia juga mengalami kemarau yang sangat teruk dalam tempoh 150 tahun kebelakangan ini. Maka kebakaran adalah satu mimpi ngeri bagi Australia. Tambahan pula banyak rumah yang menggunakan dinding kayu. Jika berlaku kebakaran, boleh hangus beberapa biji rumah berdekatan. Gambar di bawah adalah gambar rumah aku di Brunswick semasa belajar di Melbourne. Boleh lihat tingkap kaca rumah aku dan sebelah rumah aku tidak di pasang jeriji besi. Rumah kami pun rumah kayu.
Aku pernah sekali tersesat masuk ke dalam rumah orang lain ketika balik universiti. Tuan rumah ini pantas menghalau aku dan menelefon polis. Yang mengejutkan aku ialah 4 biji kereta polis datang seolah-olah aku ini penjenayah besar. Begitulah di Barat, pihak polisnya sangat mementingkan keselamatan awam dan rakyat jelata. Seorang penceroboh tanpa sengaja di balas dengan 4 biji kereta polis. Hal keselamatan dan keamanan ini bukan tanggungjawab pihak berkuasa dan polis sahaja, tetapi juga masharakat. Aku lihat masharakat di Barat walaupun menghisap dadah, minum arak, jarang sekali masuk dan merompak rumah orang. Mungkin ini hasil pendidikan di Barat yang mengutamakan orang lain // masharakat awam. Kadang-kadang aku pun takut bila balik dari universiti pada waktu malam terutamanya hari Jumaat dan malam minggu bertemu dengan peminum arak hilang kewarasan. Mujur tidak pernah di ugut atau kena 'pow'. Minta 4,5 dollar macam pengemis itu ada lah.
Jadi aku rasa tidak adil kalau menyalahkan suatu pihak saja dalam kebakaran maahad tahfiz. Ini kerana umum kita semua tahu tahap keselamatan dan keamanan di Malaysia. Kadang-kadang satu kunci rumah saja tidak cukup, tambah lagi 2, 3 mangga di pintu jeriji untuk memastikan rumah tidak di pecah masuk atau di rompak. Sehinggalah keadaan darurat seperti kebakaran, ramai yang lambat untuk buka pintu dan keluar dari rumah akibat terpaksa buka 2, 3 kunci mangga. Yang paling tragik adalah bila lupa di mana letaknya kunci rumah. Tak jumpa kunci, tak boleh buka pintu rumah.
Cuma aku berdo'a agar Tuhan mengekalkan keamanan dan keselamatan di Barat. Aku berharap dapat berbakti kepada masharakat di Barat untuk meneruskan keamanan dan keselamatan di sana; itu saja cara aku berbakti di tempat aku membesar. Kami menikmati kehidupan yang sangat indah, selamat dan damai di sini. Hanya kepada Tuhan, aku berdo'a dan mengharap. I love ðŸ’˜ Melbourne so much, my beautiful, peaceful and safe hometown.
A Melbournian,
Selamanya mencintai Melbourne <3