t>

Breaking News

Merungkai peristiwa memali..

Ramai dari kita sebenarnya jahil tentang peristiwa memali. Memali yang tersebar kat internet neh ada dua version.


Version pertama : Korban memali adalah puak ajaran sesat (versi kerajaan)


Version kedua : Korban memali adalah pejuang islam (versi rakyat dan PAS)


Artikel ini bertujuan untuk menyingkap perkara yang sebenar tentang peristiwa memali yang berlaku pada tahun 1985 yang mana ramai di antara kita pada masa itu belum lahir ke dunia ini lagi.


Apa itu peristiwa memali pada kaca mata masyarakat khusus nya penduduk di kampung memali, baling, kedah?


Peristiwa memali ialah pembunuhan kejam yang melibatkan kematian 14 penduduk dan berpuluh-puluh yang lain cedera ringan,  parah, ada juga yang di tahan terus ke dalam penjara dan di masukkan ke dalam ISA. Korban memali termasuk ulama dan pendakwah tersohor pada ketika itu yang juga ahli pas, iaitu Ustaz Ibrahim libya.






Siapakah Ibrahim libya?


Nama sebenar Ibrahim libya ialah Ibrahim Mahmud. Ibrahim libya adalah ulama tempatan yang pada ketika itu aktif menjalankan kerja-kerja dakwah. Sebelum terlibat secara aktif menjalankan kerja-kerja dakwah, arwah pernah berkhidmat di kerajaan untuk beberapa tahun. Pada tahun 1978, arwah menyertai PAS dan semenjak itu bergiat secara aktif melalui pentas-pentas ceramah. Ceramah-ceramah ustaz ibrahim libya pada ketika itu sering mendapat perhatian yang sangat luar biasa. Dan atas sebab itulah pada tahun 1984, kerajaan mula bertindak untuk menyekat pengaruh ustaz ibrahim libya. 


Ibrahim libya mendapat pendidikan awal di beberapa buah madrasah di sekitar pulau pinang. Kemudian nya arwah melanjutkan pengajian dalam bidang agama di india dan di libya sebelum kembali berkhidmat di tanah air.  Ketika arwah berkhidmat dalam kerajaan, bakat berdakwah sememangnya terserlah dalam diri arwah. Mungkin kerana keterbatasan untuk menyebarkan fahaman islam, yang memaksa arwah kemudian nya berhenti kerja sebelum meneruskan dakwah di kedutaan libya. Dari situ, arwah akhirnya secara aktif terlibat dalam PAS untuk menyebarkan syiar dakwah islamiah di seluruh negara. 


Penglibatan arwah dalam bidang dakwah dikatakan mendapat sokongan yang padu daripada keluarga arwah sendiri. Di bawah ini adalah gambar keluarga ustaz ibrahim libya.


Sebenarnya ada 3 sejarah penting yang pernah tercatat di baling, kedah.


1. Rundingan damai komunis chin peng - Tunku Abdul Rahman.


2. Pemberontakan mogok lapar oleh DSAI pada tahun 1974.


3. Peristiwa berdarah memali 1985.






Peristiwa memali tercetus kerana prasangka keterlaluan kerajaan terhadap penduduk memali yang beria-ria mempertahankan ustaz ibrahim libya pada ketika itu.  Di bawah ini adalah rentetan kepada perkara-perkara yang membawa kepada tragedi berdarah memali 1985.


1. Ustaz ibrahim libya berjaya meluaskan pengaruh dakwah islamiah pada ketika itu melalui pentas2 ceramah PAS.


2. Ajaran dakwah PAS menerangkan islam yang sebenarnya kepada penduduk di kawasan sekitar menakutkan kerajaan, kerana jika islam tulen terdedah, maka kepincangan dan kelemahan pentadbiran mereka akan terbongkar. Sebagai seorang muslim yang sejati, sudah tentulah kita mengutamakan sistem pemerintahan islam dan bukan nya sekular. Ini ditakuti oleh kerajaan.


3. Pengaruh yang besar oleh ustaz ibrahim libya adalah melebihi dari apa yang DSAI alami kini. Memang ramai penyokong2 DSAI sanggup masuk penjara demi DSAI, tetapi di memali, ramai yang sanggup mati demi mempertahankan pendirian ustaz ibrahim libya.


4. Jika ibrahim libya di biarkan berceramah seperti biasa, yakni, sejarah baru akan tercatit di malaysia iaitu ibrahim libya adalah ulama pertama bergelar perdana menteri malaysia.


5. Oleh itu, pelbagai alasan demi alasan timbul bagi menyekat kemaraan dan pengaruh ustaz ibrahim libya.


6. Antara alasan2 tersebut ialah menuduh PAS dan ibrahim libya sebagai pengamal ajaran sesat. Baca sini.


7. Ibrahim libya kali pertama di kepung untuk di tahan di bawah ISA ialah pada tahun 1984. Pada pukul 2 pagi, 2 september 1984 seramai hampir 100 polis berkepung di kawasan berhampiran kampung memali untuk menahan ustaz ibrahim libya, tetapi menemui kegagalan kerana dihalang oleh penduduk kampung pada ketika itu. Situasi ini seolah-olah ulang tayang kejadian ketika DSAI kali pertama cuba ditahan oleh polis pada tahun 1999. 


8. Meskipun gagal menahan ustaz ibrahim libya di bawah ISA pada ketika itu, dipercayai pihak polis berjaya menahan beberapa orang ini di bawah akta ISA, iaitu ustaz abu bakar chik, haji mat sabu dan suhami shaib.


9. Memali pada ketika dulu dipercayai langsung tidak mempedulikan hal-ehwal agama, sama seperti di kuala lumpur kini  (as contoh). Namun semenjak pengaruh dakwah ustaz ibrahim libya berkembang, penduduk memali pada ketika itu dikatakan hampir 100% adalah ahli pas dan kembali mengamalkan ajaran islam yang sebenarnya. (Bukan semua penduduk memali mengabaikan islam ya)


10. Selepas ibrahim libya gagal ditahan di bawah ISA pada cubaan polis kali pertama, anak murid ustaz bersepakat mahu melindungi ustaz dengan menyembunyikan ustaz di satu kawasan yang selamat.


11. Namun setelah bersembunyi untuk suatu tempoh, satu kesepakatan telah dibuat untuk mengembalikan ustaz libya di memali, kerana memikirkan apalah erti ilmu jika tidak disampaikan kepada generasi baru? 


12. Madrasah memali kembali dihidupkan dan kuliah subuh kembali rancak, dalam pada itu, kuliah mahgrib dalam perancangan seterusnya. Meskipun demikian, mereka masih berjaga-jaga supaya ustaz tidak ditangkap pihak polis. Lebih kurang 5-7 orang secara bergilir-gilir dan sukarela menjaga keselamatan ustaz ibrahim libya. 


13. Sebenarnya selepas percubaan untuk menangkap ustaz ibrahim libya gagal pada kali pertama, pihak polis pernah beberapa kali membuat rundingan dengan penduduk memali agar menyerahkan ustaz ibrahim libya kepada pihak yang berkuasa. Tetapi pengikut ustaz dan ustaz sendiri enggan menyerah diri kepada akta zalim ISA iaitu menahan seseorang tanpa dibicarakan seadil-adilnya.


14. Dalam pada itu media yang dikuasai oleh kerajaan agak rancak memainkan 'api-api' memburukan ustaz dan pengikut2 ustaz ibrahim libya (baca sebagai PAS).


15. Terdapat juga beberapa tuduhan liar konon nya memali menjadi sarang penjenayah islam ektremis.  Dan sarang penganas dan ajaran sesat.


16. Kali terakhir sebelum percubaan polis untuk menangkap ustaz ibrahim gagal, pihak polis sekali lagi menyebarkan berita bahawa ustaz ibrahim libya mempunyai senjata dan ini disyaki akan menjadi ancaman kepada negara.


17. Oleh kerana itu, salah seorang anak murid ustaz pergi ke balai polis dan menyerahkan semua senjata2 yang konon nya didakwa oleh polis akan membahayakan keselamatan penduduk kampung.


18. Namun sayangnya, buat baik memang takan dibalas baik oleh sesetengah manusia.


19. Pada tarikh 19 november 1985, pihak polis, FRU, dan UTK seramai 4,000 orang mengepung rumah ustaz ibrahim libya. (Hey.. ini macam US dan israel yang mahu tangkap osama bin laden lah!)


20. Peristiwa bermula seawal jam 8 pagi. Dua buah kereta perisai (Hey, sejak bila kereta perisai digunakan untuk tangkap rakyat malaysia? Bukan kah kereta perisai digunakan untuk berperang meh?) dikatakan telah mengepung kawasan keluar masuk bagi menghalang sebarang bantuan keluar-masuk dari kawasan sekitar. 


21. Rundingan antara penduduk kampung memali (yang membela ustaz ibrahim libya habis-habisan dan polis bermula, namun menemui jalan buntu setelah ustaz ibrahim libya dengan tegas tidak akan tunduk sedikitpun terhadap akta yang kejam lagi zalim iaitu ISA.


22. Rundingan tersebut gagal. Gas pemedih mata di tembak ke arah rumah ustaz ibrahim libya (Hey, sejak bila gas pemedih mata digunakan untuk membuli orang2 kampung yang lemah neh?)


23. Lebih kurang 160 orang berkumpul di kawasan rumah ustaz ibrahim libya pada ketika itu. Ustaz sebelum itu telah berpesan kepada pengikut2nya bahawa biarlah kita duduk diam jangan sesekali menyerang balas. Biarlah kita diserang.  Pihak polis (ya, sebut betul2 pihak polis, bukan pihak penjenayah ya, yang tembak gas pemedih mata neh ke arah rakyat yang lemah) menembak gas pemedih mata. Ketika itu salah satu tiub yang digunakan untuk menyembur rakyat telah terkena mata salah seorang penduduk kampung. Pada ketika itu juga, terdapat seorang kanak-kanak yang berusia 10 tahun. (Ya, baca betul2, 10 tahun punya budak, apa polis buat? tembak dengan gas pemedih mata, masih ingat arwah aminul rashid? inilah dia polis kita) Kanak2 yang berusia 10 tahun ini, pengsan akibat terhidu gas pemedih mata yang sangat banyak.


24. Terdapat seorang individu yang ternampak kanak2 ini pengsan. Nama arwah ialah cikgu shafie abdullah. Cikgu tersebut menyangka kanak2 tersebut telah mati. Dan dia berasa marah kepada pihak polis membunuh kanak2 ini. Oleh itu, dia keluar dari kawasan dan meluru ke arah pihak polis sambil membawa parang. Manakala beberapa individu yang lain mengekori cikgu terbabit untuk menghalang tindakan guru terbabit.


25. Tahu apa pihak polis buat bila nampak aksi macam tue? Tak agak, mereka terus tembak. Tembak cikgu yang tak berdosa tue. OoOoo adakah cikgu tersebut penyamun kerana membawa parang bahawa pihak polis?? (Bukan nak tanya kan, amaran ke warning ke, bang.. terus tembak!)


26. Peristiwa ini tercetus, kerana polis menembak mati rakan mereka di hadapan mereka. Oleh itu, bermulala kejadian berbalas tembakan. Memang selepas menembak mati cikgu shafie, pihak polis ada membuat pengumuman agar ustaz menyerah diri tetapi, kalau kita menjadi mereka, kita pun takan sewenang-wenangnya menyerah diri kepada orang yang baru sahaja membunuh rakan kita. 


27. Mereka yang berada di dalam rumah, kebanyakkan mulai lemah kerana terhidu gas beracun berjam-jam lama nya. Akhirnya pertempuran ini menyaksikan bahawa ustaz ibrahim libya gugur, bersama 13 rakan nya yang lain.  Manakala berpuluh-puluh yang lain cedera ringan ataupun parah. 


28. Pihak polis tidak mengalami apa2 kecederaan yang membawa maut, tetapi anak musa hitam meninggal selepas peristiwa tersebut.


29. Musa hitam dan mahathir menafikan mereka terlibat dalam serangan memali. Hanya Allah swt yang lebih tahu.


30. Balu ibrahim libya dikatakan telah dipenjarakan dan terpisah dengan anak2 untuk beberapa tempoh sebelum di bebaskan. Di maklumkan juga terdapat fatwa yang dikeluarkan oleh mereka yang arif (juga berkerja sebagai kakitangan kerajaan) yang mengatakan para pejuang memali adalah shahid, tetapi mereka yang terlibat dalam fatwa terbabit telah diberhentikan kerja dan fatwa tersebut dihapuskan oleh kerajaan.


31. Ayah, adik dan abg ipar ibrahim libya juga ditahan di bawah ISA dan dipaksa untuk membuat pengakuan palsu. Setelah dibebaskan daripada tahanan ISA, mereka bergiat aktif dalam ceramah2 PAS untuk menerangkan kepada umum, bagaimana mereka disiksa dan dipaksa untuk membuat pengakuan palsu bagi memburukkan ustaz ibrahim libya.


32. Dalam Alquran tiada ISA. Maka siapalah kerajaan untuk membuat undang2 ISA neh? Siapa mereka yang kita kena tunduk lebih2 sangat berbanding Allah swt? Ibrahim libya menentang ISA sehingga ke nyawa nya terkorban. Bukan hanya nyawa nya, malahan 13 nyawa yang lain turut terkorban.


33. Saya percaya, ramai anak2 memali lahir di sana tahu benar, apa yang benar apa yang palsu. Menghina para pejuang memali bererti menghina mereka. Oleh itu saya nasihatkan kepada pembaca, jika anda membuat niat untuk menghina mereka2 yang terkorban ini, maka jangan sesekali meletakkan komen anda di sini. 


34. Terdapat beberapa pengakuan daripada pihak polis yang terlibat, yang mengatakan menyesal, sedih dan tergaman dengan apa yang berlaku di memali. Ada di antara mereka yang terang-terangan menyalahkan arahan dari kerajaan. 


35. Pampasan sebanyak rm20,000 dibayar kepada setiap anggota keluarga yang terbunuh dalam peristiwa memali. Ahli keluarga yang cedera ringan, parah, dipenjara ataupun di tahan ISA tidak menerima apa2 pampasan. Namun, apalah erti pampasan bagi mereka yang telah kehilangan orang tersayang buat selama nya ataupun untuk bertahun2 lama nya (ISA) ?


Jelas, bayaran pampasan ini sahaja membuktikan bahawa sememangnya kerajaan bersalah dalam peristiwa ini. Jika tidak, masakan mereka membayar pampasan kepada ahli keluarga mangsa? Saya nasihatkan anda menonton video memali yang telah saya sertakan di bawah ini. Video tersebut konon nya mendedahkana bahawa pihak polis juga terasa dipergunakan untuk menyerang penduduk memali. (konon nya polis diberikan arahan bahawa mereka sepatutnya membunuh komunis).


Kenapa di malaysia ini, kita mencipta sejarah membunuh ulama yang tersohor? Adakah kita kategori kaum2 yahudi yang seringkali membelakangkan rasul2 mereka? Ataupun lebih teruk dari itu? Umat islam membunuh umat islam yang lain atas nama kuasa politik! Ini sudah keterlaluan! Ini sudah melampau! Membunuh seorang ulama yang menyebarkan ajaran islam.. yang setiap pagi nya dihabiskan untuk mengajar kuliah subuh, mendirikan madrasah untuk menyebarkan dakwah islamiah di kawasan sekitar.. ancaman apa mereka ini kepada kerajaan? Adakah menyebarkan islam itu satu ancaman di malaysia? Jika itu satu ancaman.. maka bersedialah dengan ancaman yang lebih besar dari anak2 muda malaysia muslim pada masa akan datang... Ini kerana kami sesungguhnya akan meneruskan legasi perjuangan ustaz ibrahim libya. 






Link mesti baca ;


Sejarah memali I

Sejarah memali II

Wiki Memali

Pembunuh Memali

Bekas pejuang memali : tragedi berdarah memali

Youtube Memali

Video memali

Kronologi memali



Sekarang neh kita kena buat satu memorandum untuk membicarakan kes memali secara terbuka, adil dan telus melalui sistem kehakiman negara kita. Apa yang kita perlu buat untuk highlightkan kes2 seumpama ini adalah nyawa.. rakyat malaysia tidak akan bangkit selagi tiada nyawa yang terkorban. Satu nyawa tidak mencukupi. Kita perlukan banyak nyawa, oleh itu saya berazam mahu berdoa agar penyokong2 barisan nasional khusus nya umno meninggal, mati dan etc angkara perbuatan pemimpin2 mereka yang zalim dan rakus, selepas itu saya akan bersama2 mereka menuntut keadilan. Perlu penyokong2 umno untuk sengsara kerana selagi mereka tidak kenal erti sengsara maka selagi itulah mereka tidak akan berubah dan memperjuangkan islam.


Ameno : Cuba fikir, macam mana video rahsia tersebut boleh terdedah? Heh, ada polis yang bocorkan rahsia kerana.. 

26 ulasan

AmenoWorld berkata...

Saya meletakkan link wiki untuk anda semua membuat perbandingan sendiri agar tidak BIAS kepada artikel dan pandangan saya

hamba Allah berkata...

andai wiki memberi maklumat salah, why not saudara edit balik maklumat y ade kat wiki..

kalo btol la mereka ni penyebar ajaran sesat, knp kerajaan x hebohkn kejayaan mereka menghampuskn ajaran sesat spt ayah pin.. semoga dibuka pintu hati melihat kbnrn..

UMNO_BABI berkata...

AKU NAK TANYA SATU JE APSAL UMNO MACAM BABI? SAPA BOLEH JAWAB? ADA PENYOKONG UMNO YG NAK JAWAB?

Dragon berkata...

Thanks 4 the INFO =)

Labu Labi berkata...

Kerajaan BN mengeluar Fatwa bahawa arwah Ibrahim Libya membawa ajaran sesat dan harus diperangi? Tetapi kenapa kerajaan tak perangi Ayah Pin sebegini rupa dengan membawa 4000 polis dan FRU ke rumah Ayah Pin? Kenapa x bawak kereta kebal dan mesingun ke rumah Ayah Pin?

Kalau dulu boleh la, internet takde...tv2 dan akhbar2 yang jadi lidah kerajaan dok perbodoh rakyat dengan penipuan demi menyelamatkan wang, kuasa dan pangkat mereka.

Sekarang, saya rasa sangat bersyukur dengan adanya internet, generasi muda sekarang boleh mendapat banyak info yang berguna tentang kejahatan dan penipuan yang dilakukan oleh kerajaan. Kita takkan dapat dengar pendapat pihak pembangkang dalam tv dan akhbar2 kerajaan. Kalau kerajaan betul2 telus, berani kah buat satu rancangan debat secara ilmiah live dalam tv antara kerajaan dan pembangkang? Berani ka? hmmmm....

nana berkata...

mengalir air mata saya membaca artikel ni..kenapa mereka begitu kejam..

toru anaqi berkata...

kejam...

mamala berkata...

haram jadah..

Anonymous berkata...

Malaysia sudah lama didoktrinkan oleh fahaman sekular yang sudah sebati dalam sistem pemerintahan sejak zaman penjajah. Golongan yang cuba menegakkan siar Islamiah seolah-olah menongkah arus dan kelihatan lapuk dek zaman.
Wahai umat Muhammad, teguhkan pendirianmu dan tetaplah dlm perjuanganmu. Meskipun kini dunia didominasi Dajjal laknatullah, pasti tiba imam yg memimpin ke jalan yg haq. Perjuangan islam itu seperti menggenggam bara. Tangan sakit dilepaskan bara menjadi padam. Genggam bara biar menjadi intan.. Takbir!

a slave of The Almighty berkata...

kepada semua :
ayuh kita berdoa y baik2.
tidak usahlah menyalahkan umno dan kita pula dengan tidak beradabnya mengeluarkan kata2 yang tdak langsung 'sihat' d pandang.

Allah maha Penyayang. mungkin Allah akan mengampunkan dosa2 mereka y terlibat dlm 'pembunuhan' berdarah ini jk suatu saat nnt mereka bertaubat.

sesungguhnya, dunia ini pentas ujian. para syuhadak, tentunya tempatnya d syurga ilahi.

kita pula, belum tentu tahu bgaimana kesudahan akhir kita.
m'jd ahli PAS, belum tentu ahli syurga.
ttp menjadi MUKMIN, pastinya syurga menanti.

bersyukurlah dengan nikmat kesedaran beriman y kita ada, dan bantulah 'mereka' juga.

wlau siapa dan apa pun agenda mereka, kita ttp tidak mengetahui siapa amal y paling baik d akhir hayat kita.

jd, mari kita buat yang terbaik dari diri kita, untuk ummah!

al fatihah untuk mereka y d bunuh dan terzalimi.

semoga Malaysia d pimpin oleh pemimpin y bertaqwa dan d serkan dgn rakyat y bertqwa sedkit masa lagi.

Anonymous berkata...

dah terang lagi bersuluh umno yg salah. ko je bodoh nak bela lagi umno x guna 2. pergi mamposlah umno. semakin lama semakin menggila kt msia ni. dah la racist terlampau2. WTF!

Tanpa Nama berkata...

ISLAM dikatakan ajaran sesat....AYAH PIN tu APA? BN memang nak kena dekat akhirat nanti. Kita doa yang terbaik aja bagi para mujahid.

BN- kalau tak berubah, tempat ko kat neraka!

Hanie berkata...

dlu masa kecik2 , sy sangat2 percaya peristiwa memali ni bahawa kerajaan menentang kumpulan ajaran sesat, seperti yg dipaparkan di TV,sy juga turut terikut membenci mereka, dn memandang sinis trhadap pejuang2 memali. Kini, sy membuka mata , dan melihat kebenaran..

shidee jlmpok berkata...

Saya pn sama seperti Hanie. Dulu info2 semua dri media kerajaan shj. Apa yg kita baca dan dengar,itu yg kita percaya. Tiada saluran alternatif utk d buat prbandingan. Ketika itu sy bru belasan tahun. Skrg...minda dh trbuka

shidee jlmpok berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Semasa kejadian Memali, saya hanya masih anak kecil. Memang percaya polis menentang puak ajaran sesat.

Tapi sekarang saya tertanya-tanya, apakah ajaran sesat yang dibawa hingga perlunya kepada serangan sebegitu rupa? Boleh sesiapa tolong terangkan?

ruzie berkata...

ya Allah... 1985 sy darjah 1...memang x tahu apa2...pernah dengar cerita ni tp hari ni ditakdirkan Allah saya bukak 2-3 blog/website utk cari kisah sebenar...kejam sungguh....dan saya pasti generasi seumur saya pun masih ramai yg x tahu kisah ini...apatah lagi yang lebih muda....semoga roh mereka yg syahid itu dicucuri rahmat...alfatihah...

Tanpa Nama berkata...

kesian engkorang semua terpedaya dgn amanat yg menyesatkan tuh!! dengar memolek aa kata ayah ibrahim libya yg ngko org dakwa syahid tuh!!

http://mynameblackpanther.blogspot.com/2013/03/pengakuan-bapa-arwah-ibrahim-libya.html

Tanpa Nama berkata...

http://www.pisau.net/video-ibrahim-libya-di-tembak-matibapanya-puas-hati/

Tanpa Nama berkata...

ketinggalan berita terkini dari ayah ibrahim libya yg kuburnya org2 pas curah minyak atar??

Setakat yang saya tahu, perjuangan Assyahid Ustaz Ibrahim adalah untuk mendaulatkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang melaksanakan syariat Islam termasuk hudud, qisas dan ta'zir. Itu yang beliau selalu ucapkan. Malahan itu adalah antara sebab utama Assyahid menentang UMNO pada masa itu. Beliau malah beranggapan berjuang menubuhkan sebuah negara Islam yang melaksanakan hudud, qisas & ta'zir adalah satu jihad! Sebab itu Assyahid menyertai PAS, kerana pada masa itu perjuangan PAS untuk menegakkan negara Islam dan melaksanakan syariat hudud, qisas & ta'zir cukup jelas.

Malahan baru beberapa tahun sebelum itu Amanat Haji Hadi disampaikan di Terengganu, amanat yang cukup jelas dan matlamat dan perjuangannya. Matlamat yang menarik perhatian ramai anak muda Islam memilih untuk menyertai PAS, termasuk saya. Matlamat yang tumbuh subur searus dengan gelombang kebangkitan Islam yang divetuskan oleh revolusi Iran pada masa itu. Tapi itu PAS pada masa itu, PAS yang disokong dan didokong oleh ramai anak muda yang dahagakan pengembalian pemerintahan Islam!

Saya tidak tahu apa agaknya tanggapan Assyahid jika melihat keadaan PAS sekarang. PAS yang sedia bersekongkol dengan kafir harbi DAP. PAS yang sanggup mengadakan perjanjian persefahaman penubuhan Kerajaan Pakatan Rakyat bersama DAP/PKR yang tidak menerima undang-undang Islam dan menolak perlaksanaan hudud, qisas & ta'zir. PAS yang membenarkan nama ALLAH digunakan secara syirik oleh kumpulan Kristian. PAS yang membenarkan tempat sujud ruku' umat Islam dicemari oleh kaki kafir harbi yang tidak menghormati hukum berpakaian Islam. PAS yang menghalalkan penggunaan hasil arak untuk pembangunan. PAS yang membenarkan anak isteri dijadikan bahan gadai politik dengan bai'ah talaq tiga. PAS yang membenarkan kuil hindu dibina dikawasan perumahan orang Islam. PAS yang bersedia meletakkan calun kafir bertanding atas tiket PAS. PAS yang bersekongkol dengan Anwar Ibrahim!!

Malah saya terkejut apabila diberitahu Anwar adalah salah seorang jemputan khas perayaan anjuran PAS untuk sambutan jubli perak 25 tahun memperingati peristiwa Memali. Mungkin PAS lupa bahawa Anwar pada masa kejadian adalah Ketua Pemuda UMNO, parti yang dituduh menjadi "pembunuh syuhada' Memali". Mungkin PAS lupa Anwar adalah anggota kabinet Kerajaan Barisan Nasional yang dituduh merancang pembunuhan Memali. Mungkin PAS lupa Anwar bukan sahaja tidak berbuat apa-apa, malahan bersekongkol dengan Kerajaan UMNO pada masa itu. Hari ini manusia bernama Anwar itu dijulang sebagai hero oleh PAS dan dijemput sebagai tetamu mengenang peristiwa Memali. Pada saya ini satu penghinaan besar kepada para syuhada dan mangsa Memali !!
Zulkifli Nordin.

Tanpa Nama berkata...

aku org kedah. pernah duduk di sik & kerap ke weng, baling lalu ikut memali, siong rumah pak menakan aku. aku ada tok menakan yg duduk dekat kg memamli & dia ceritakan ka aku apa sebenaqnya berlaku masa tu! semua kisah yg kamu kutip dlm cerita ni versi puak2 pas yg sgt indah, syahdu & meruntun2 hati tp kalu ikut tok sedara aku, org pompuan & budak2 kecil angkat parang, tajak, cangkoi dll naik angin nak tetak polis sbb ibrahim libya dah tiup2 semangat melawan @ HASUT supaya mrk jadi benteng bagi menghalang polis tangkat jantan keparat tuh. pondan shj yg gunakan budak2 & org pompuan sbg benteng tuh!! tu yg sebenaqnya berlaku. video pihak lain pun ada menunjukkan betapa gilanya angin pompuan2 makcik2 budak2 kecik mengacu2 senjata primitif kpd polis!! pi tengokla kalu tak percaya!! hangpa pun kalu ada org api2kan angin hangpa suh lawan pihak polis, mungkin anytime kut sbbb bg hangpa polis jahat sgt walaupun bila hangpa kena rompak, polis jugak hangpa cari utk report!!! sadisla hangpa nih!!

Tanpa Nama berkata...

Masa peristiwa memali ni saya darjah 2. Alhamdulillah saya tidak percaya bulat-bulat apa yg dipaparkan di TV. Walaupun otak anak kecil seperti saya sukar untuk menghadam dan memahami, waktu itu saya tertanya-tanya besar sangatkah kesalahan penduduk memali ini sehingga terpaksa guna kekerasan seperti itu. Seolah2 hendak berperang. Berapa orangkah yang penduduk memali ini dah bunuh? Saya pelik dan sedih. Meningkat dewasa saya mula memahami.

Tanpa Nama berkata...

blog anda berada dalam top 10 google search makanya harus menulis tentang fakta memandangkan ini adalah sejarah, jangan beremosi.
Betul salah serahkan pada Allah s.w.t.
anda cuma penyampai kepada generasi seterusnya.

Tanpa Nama berkata...

Mohon maaf ya..saya bukanlah penyokong umno namun tidaklah saya menolak pas tapi saya tak suka pkr dan lebih-lebih lagi benci dap..SEJUJURnya saya berharap sangat-sangat agar PAS berdirilah dengan prinsip perjuangan ISLAM dengan teguh..PEDULIKAN umno..dap dan pkr..berjuanglah demi ISLAM..janganlah contohi perilaku umno(mca dan mic)..jika tidak..tiadalah bezanya PAS dan UMNO..percayalah pada perjuangan sendiri..haraplah pertolongan ALLAH(bukan pkr mahupun dap)..saya orang ISLAM terkadang MALU melihat UMNO dan PAS bertelagah...rakan non-muslim tertawakan..saya keliru..UMNO ada MCA dan MIC...PAS ada DAP dan PKR...saya lebih suka PAS bergerak sendiri..

Tanpa Nama berkata...

Kembalilah pada ISLAM yg sebenar-benarnya..

Tanpa Nama berkata...

Jika knyataan ini benar; korg mmg base SiAL la krajaan,mcm krajaan Zionis Yahudi plak gempur rakyat pkai Perisai..aku bca statement ni pun hangin je rsa..sial lah kau Tun M bunuh pjuang Islam