t>

Breaking News

Bukan semua kes adalah sama..

Aishh.. kehilangan anak adalah perkara yang menyedihkan bagi ibu-bapa di dunia ini. Lebih-lebih lagi kalau anak mereka di tembak mati oleh PDRM atas kes-kes tertentu. Tetapi baru-baru ini timbul satu lagi kes yang hampir menyerupai insiden aminul rashid. Seperti yang kita tahu, arwah aminul rashid memang tak bersalah, boleh baca sini. Tetapi bagi kes terbaru ini, saya cadangkan kita semua jangan buat spekulasi terburu-buru. Sememangnya imej polis terjejas teruk berikutan kes aminulrashid yang masih dalam perbicaraan, tetapi janganlah disebabkan itu kita mengambil kesempatan pula. Tolong tengok petikan printscreen kat bawah neh yang dipetik dari sini ;


Dan tolong baca link ini. Tanpa membuat apa2 persepsi negatif, saya serahkan kepada pembaca untuk menilai. Bukan semua kes adalah sama. Ada beza antara remaja yang terlibat dengan jenayah dan remaja yang tidak terlibat dengan sebarang jenayah tetapi di framed seolah-olah terlibat dalam kes jenayah. Walaupun PDRM kita tidak secekap mana, tetapi ini bukan satu alasan untuk kita memperlekehkan dan memburuk-burukan PDRM setiap masa dan waktu. Menentangla kezaliman dengan kebenaran. 

Langkah pertama yang keluarga arwah kena buat ialah memastikan terlebih dahulu samada ahli keluarga mereka yang ditembak mati dari jarak dekat adalah seorang penjenayah ataupun tidak? Kita, rakyat malaysia hanya mahu disajikan dengan cerita yang benar dan berfakta, kita tidak mahu cerita2 yang dihighlight untuk tarik perhatian umum (tidak menuduh mana2 individu). 

Ameno : Taknak cakap lebey2 maybe keluarga arwah boleh ulas isu samun tersebut, andai remaja terbabit tidak terlibat dengan sebarang kegiatan samun seperti arwah aminul rashid, maka ianya boleh jadi satu isu untuk kita menuntut keadilan, andai mereka benar2 terbukti terlibat dalam kes samun, maka biarlah mereka pergi dengan tenang. Tutup kes lama, buka buku baru. 

4 ulasan

polis_rasuah berkata...

setuju jgn salahkan polis setiap masa tp ameno polis skrg kuat mkn rasuah la. tgk kat ipd kajang. sy dh tgk byk x. cerita btl ni ameno. klu nk bukti sy blh bg tp jgn dedahkan identiti sy la. blh ke awak cover citer2 mcm ni? (x kena isa ke?)

Anonymous berkata...

kalau dalam tentera.. tunggu musuh mencabar baru boleh melawan.. macm tu jugak ngan polis.. kalau dah diserang.. kene laa melawan.. tapi kes aminurashid tu.. x betul.. nyawa polis x terancam pun.. polis duk men tembak sesukati.. yg tu salah

AmenoWorld berkata...

Sebab tue la aku rasa kita tak boleh sentiasa meminta perlindungan politik semata2 asal ada anak2 kita yg meninggal..nak wat camne kalau betul mereka penjenayah so let gone bygone.

Anonymous berkata...

hmmm...xleh komen byk2...pasti ada yg xpuas hati..pndapat sy senang je..

boleh ke lepaskan tembakan kearah suspek yg xmemberhentikan kenderaan?

kalau mcm tu nape xtembak je mat rempit yg selalu cuba lari dr sekatan jalan raya?

adakah suspek melepaskan tembakan atau cuba menyerang?

senjata yg ada pada semua pasukan keselamatan bkn ke utk 'self defense'?

boleh tlg huraikan maksud 'self defense'?

fikir sendiri sbb semua pasukan keselamatan pasti ada 'Rules Of Engagement' sendiri..

PEACEKEEPER...:)