Review : Says [VS] Churp-churp : Mana 1 lagi bagus?
Asalnya aku nak menulis pasal pendapatan nuffnang / advertlets / innity halal atau haram. Tapi aku masih belum mendapat informasi yang penuh untuk menulis mengenai artikel neh. Aku masih sedang menunggu jawapan dari seseorang yang pakar bagi memudahkan aku faham betul2 apa yang aku tahu untuk disampaikan kepada korang. Tapi takpelah aku tulis pasal neh dulu. Yang neh pun sebenarnya ramai yang minat nak ambil tahu.
Ini ialah pandangan jujur aku mengenai ;
1. says
dan
2. churp-churp
Mula2 kita citer pasal kebaikan says dulu.
- Ada banyak contest yang memberikan hadiah2 menarik
- Ada pusat komuniti
- Dengar citer ada kerjasama dengan kerajaan dan NGOs serta pandang2an kita dalam tue di ambilkira.
- Ada survey dan dibayar kalau lengkapkan survey tersebut. Kalau dulu satu survey rm0.50. Tapi sekarang satu survey rm2.00 pun ada. Ikut surveylah kan.
- Ada kempen iklan yang boleh jana pendapatan
- Ada kempen khidmat masyarakat yang boleh jana point.
- Boleh bida barang kesukaan melalui point.
- ada butiran earning melalui email
Ini kebaikan says. Tapi ada beberapa perkara yang says dia hadkan. Boleh juga dianggap sebagai kelemahan says. Contohnya kempen iklan. Hasil pendapatan dari kempen2 iklan di says sangat limited. Kalau korang nak jana pendapatan maka says bukanlah tempat yang sesuai untuk korang "hangout". Contohnya kempen iklan neh ;
Katakanlah kempen neh ada peruntukan sebanyak rm1,200. Lepas tue ko pun promote lah kempen neh ;
1. ko promote kempen neh dan dapat 100 clicks.
2. aku promote kempen neh dan dapat 3o clicks.
100 clicks x 0.20 = rm20
30 clicks x 0.20 = rm6
Tapi ko dan aku masing2 dibayar rm6 je. Kenapa? Mudah. Sebab ko dan aku dah mencapai target sasaran. Katakan target sasaran kempen neh ialah ;
rm6 = 30 per unik click each
So takat itu je yang ko dan aku boleh raih. Ko usaha macam mana pun tetap itu je pendapatan yang ko boleh dapat. Tapi neh syarat2 untuk profesional lah. Kalau untuk student aku rasa sama gak kot.
Bila ko dah penuhi quota untuk kempen2 iklan yang ada, ko kalih lah ke kempen khidmat masyarakat pula. Samada kempen neh ada target atau tidak aku tak pasti sbb tak pernah dapat email pasal neh. Untuk kempen khidmat masyarakat ko cuma dapat point. Dan point neh ko boleh tebus-guna untuk bida promosi2 [best deal] kesukaan ko.
Sekarang kebaikan churp-churp pula ;
1. Ada kempen iklan yang banyak
2. Ada twitter advs. Bergantung kpd followers korang.
3. Ada contest.
Di churp2 memang ada banyak kempen iklan. Satu hari ada je iklan2 baru yg ko kena promosi. Sampaikan tak terdaya ko nak kejar. Cara pengiraan setiap kempen sama macam says bezanya churp2 ada wednesday bonus secara tetap. Says? Setakat neh aku tgk mmg ada tp jarang lah. Bukan tetap macam churp2. Wednesdays bonus neh apa?
Wed bonus ialah = setiap kempen iklan iklan per unik, ko akan dibayar rm0.40. Tapi hanya pada hari rabu dan pada iklan2 tertentulah.
Bukan semua iklan ko bila ko promote ko dapat rm0.40 beb. Yang ada label bonus je. Yang takde sama je rm0.20 je setiap klik per unik. Dan dia tiada had limit. Sapa rajin dia dapat lebih. Contohnya ko promote kempen neh ;
Ko dapat 133 klik per unik x 0.20 = rm26.60 @ rm53.20 [wed bonus]
Aku lak dapat 3 klik per unik x 0.20 = 0.60 @ rm1.20 [wed bonus]
sbb apa? sbb aku tak rajin promote mcm ko. Jadi ini lebih adil berbanding says. Sebab tue aku cakap, kalau says buat kempen iklan, promote alah kadar cukup. Asal dah capai target blah lah promote iklan lain pula. Ini ada yang sampai promote beria2 dapat 1k clicks last2 says bayar dia rm20 je sama macam yang promote 100 clicks. Kan dah bengang tak pasal2. Lain kali amek tahu dulu terma dan syarat2 sebelum main promote je. Itupun kalau yg berada di kategori profesional mcm aku. Dalam kategori student aku tak pasti tp aku rasa sama je kot.
Di churp2 gak ko ada kempen iklan twitter secara berjadual. Di mana churp2 akan guna twitter ko untuk promote apa2 barang / iklan yang dia nak pada waktu2 tertentulah. Dari situ ko dapat lah duit. Agak lumayan gak aku dengar pengakuan member aku. Dia selalu dipilih. Tapi neh untuk followers yang ramai. Agak2 korang takde followers yang ramai macam aku toksahlah buang masa compose itu ini dalam dashboard churp2. Buang masa je pasal takan dapat job punyalah. Heheheh..
Ada contest untuk chupers. Macam sekarang neh ialah contest yang paling terbaru sekali di churp2 ialah neh ;
Tapi contest dia tak banyaklah macam says. Says blh dikatakan selalu ada contest itu ini dan selalu pula ada deal2 menarik untuk disertai berbanding churp2. Dan apa yang paling tak best ialah churp2 takde butiran earning macam says. Kalau says ada butiran yang complete, churp2 plak dia tak bagi apa langsung. Berapa yang clicks, berapa pendapatan kita untuk kempen neh sekian2 langsung takde. Susah gak nak tahu bila masa yang tepat utk pr0mote iklan kalau takde butiran macam tue. Ini aku anggap kelemahan churp2 lah.
Selain itu churp2 neh ada gak social seeding. Yang neh aku tak mahir lagi. Lenkali aku dah faham baru aku leh terangkan dengan detail kat korang.
Kesimpulannya mana 1 lebih baik? Sebenarnya kedua2nya ada kelebihan dan kelemahan masing2. Bagi yang nak hadiah elok masuk ;
Bagi yang nak jana pendapatan elok masuk ;
Tapi aku tak galakkan korang masuk churp2 semata2 tgk earning org lain meletup2. Orang tue earning banyak pasal dia usaha. Korang mungkin ada kerja lain yang perlu dibuat. So benda neh perlu usaha + masa. Kalau takde usaha dan masa aku cadangkan takyahlah register churp2. Buang masa ja. Melainkan korang nak masuk contest je. Boleh lah tue sekali sekala layan.
Di says memang tak sesuai kalau korang nak cari duit. Jangan beranganlah. Kalau rm100 sebulan pun belum tentu tercapai akibat had2 yang telah ditetapkan. Tapi takpe. Lepak dan register je kat says.com sebab ia pusat komuniti suara orang yang online internet.
Kalau tak dapat duit, leh bersuara. Kalau bosan bersuara boleh join contest. Kalau malas main contest leh bida apa2 offer yang korang minat. So takdelah nak terkejar2 itu ini kan? Bagi aku says lebih sesuai di anggap sebagai pusat komuniti setempat. Manakala churp2 ialah pusat komuniti geng2 yg nak cari duit online.
Aku dah cashout duit says sekali, sebab aku baru masuk bulan neh. Manakala duit churp2 aku dah cashout 2x. Aku start join bulan february hari tue.
Bagi yang nak join says aku mmg galakkan korang join. Klik sini. Lantaklah aktif tak aktif janji korang leh join contest.
Bagi yang nak register churp2, aku cuma galakkan mereka2 yg mmg betul2 aktif nak cari duit online je masuk. Klik sini. Bukan apa, karang lambat dapat earning merajuk lah plak. Mulalah buat entry mengamuk2 salah org itu dan ini. Semua neh atas usaha masing2.
Lagipun aku rasa pendaftaran utk churp2 akan ditutup kelak. Sebab apa, kalau dah semua berdaftar dengan churp2, dan jadi tukang promote, sapa pula yang nak jadi tukang click? Memang lah dari sehari ke sehari jumlah pengguna internet makin bertambah tapi kalau dah ramai yang berdaftar lama2 kelamaan ia akan jadi tepu. Sesama churpers plak saling bersaing2 demi duit. Heh.
Lagi satu sebelum korang mempromosikan apa2 iklan dalam says dan churp2, mohon korang fahami dulu iklan2 tersebut. Iklan di says dan churp2 bukan macam nuffnang dan innity yang tanya korang dulu sudi ke nak promosikan iklan arak dan judi. Di sana korang kena selia sendiri dan pandai2 lah jadi peka. Jangan main rembat je promosikan seme iklan tanpa baca. Kang terpromote iklan judi plak.
Last sebelum aku tamatkan artikel yang memang panjang neh, ada jawatan kosong dari says. Kalau berminat sila apply.
Sozcyili : Churp2 dan says sama tp tak serupa.
2 ulasan
Iklan yang menarik tapi masih tertanya2 sumber kewangan iklan tersebut.
Cara Buka Banyak YM dan Banyak ID pada 1 Masa
Wanita Yang Di Sayangi Dan Dicintai Iblis
Kenapa perempuan suka tayang body pada lelaki
chrup2 ka.. per lagi jom RACE.. yeah..
Catat Ulasan