t>

Breaking News

Gas memasak naik bulan depan.

Nilai subsidi ditanggung kerajaan tahun ini dijangka meningkat kepada 20.58 bilion Ringgit ekoran kenaikan harga minyak dunia berbanding 10.32 bilion Ringgit tahun lalu.

Daripada jumlah itu kata Timbalan Perdana Menteri, subsidi terbesar 18 bilion Ringgit untuk petroleum iaitu Ron95, diesel dan gas masak LPG.

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN/TIMBALAN PERDANA MENTERI.
Kadar subsidi tu tak boleh bertahan dengan jumlah sebesar itu selama-lamanya. Ini bukan perkara barulah, dulu pun kita dah putuskan itu.  Perdana Menteri pun dah umum. Tapi bagaimana kita nak kurangkan tu, ini akan kita putuskan dari semasa ke semasa.  

Beliau sebelum itu mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Kabinet Bekalan Dan Harga 2011 di Putrajaya.

Katanya penyelesaian isu masalah bekalan dan harga barangan akan dibuat menyeluruh bagi memastikan setiap strategi berkesan.

Nampaknya selain dari ron 95, gas memasak turut mengalami kenaikan pada bulan depan. TPM dah menjelaskan bahawa kerajaan sudah tidak mampu menanggung beban akibat subsidi lagi. 

Selepas kerajaan naikkan kesemua barang terbabit, kerajaan akan menyelesaikan isu bekalan dan harga barangan supaya tidak membebankan pengguna. Semoga TPM berpegang kepada kata-katanya.


Sozcyili : Subsidi membebankan kerajaan. Kita kena keluar daripada kelompok membebankan kerajaan. Dengarlah nasihat UMNO dan kerajaan.

Tiada ulasan