t>

Breaking News

Susu 1Malaysia disahkan halal.


YAN: Logo halal pada kotak susu 1Malaysia yang diragui statusnya sejak mula diagihkan secara percuma kepada pelajar sekolah mulai 11 Mei lalu disahkan sebagai produk yang mematuhi prosedur dan piawaian halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebelum diedarkan di negara ini.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata meskipun produk berkenaan dikeluarkan di Korea, ia mematuhi piawaian halal berdasarkan penilaian JAKIM dan badan Islam di negara itu.

Susu 1malaysia dah disahkan Halal? baguslah. Tapi memandangkan kerajaan pun dah takde duit sehingga terpaksa cut subsidi untuk rakyat yang mana ia merangkumi subsidi untuk;

1. makanan
2. petroleum

Apa kata kerajaan tak payah import2 lagi susu 1malaysia tue. Gunakan je product tempatan. Takan tak boleh betul tak? Carilah jalan untuk memenuhi kuota terbabit. Usahakan perternakkan lembu dan proses susu terbabit di malaysia. Di samping mewujudkan peluang pekerjaan untuk anak tempatan kerajaan juga dapat jimat kos import. 

Lagipun subsidi untuk rakyat baru bernilai 10.2billion tahun lepas. Keseluruh subsidi tahun lepas ialah 78billion. Lagi 68billion tak sampai pun kepada rakyat. Hopefully kerajaan boleh fikir langkah2 strategik lah selain dari menaikkan harga barang2 seperti minyak, tariff elektrik, gas memasak, lebih baik kerajaan wujudkan juga peluang perniagaan untuk anak tempatan. Sedikit sebanyak ia mampu membantu rakyat untuk berdaya saing dalam kehidupan malaysia yang tiada subsidi lagi.

Sozcyili : Subsidi membebankan kerajaan. Rakyat kena faham. Kerajaan tidak dilantik untuk memikirkan masalah rakyat. Kalau dah tahu diri masing2 membebankan kerajaan, pakat2 terima je cadangan kerajaan untuk mahsuhkan subsidi.

Tiada ulasan