t>

Breaking News

Kek DNA babi : Secret recipe nafikan kek mereka ada babi!!!

PETALING JAYA: Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia mendedahkan penemuan mengejutkan iaitu asid deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam bahan ramuan Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang digunakan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd.

Lebih memeranjatkan, blog Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), http://persatuanpenggunaislammalaysia.blogspot.com turut mendakwa bahawa bahan-bahan berkenaan kini dikatakan digunakan oleh rangkaian kedai pembuat kek terkenal dalam produk mereka yang sebahagian besar pelanggan adalah masyarakat Islam.

Laman web www.halal.gov.my milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebut, mesyuarat yang diadakan pada 12 Mei lalu memutuskan permohonan Puratos Malaysia Sdn Bhd adalah tidak berjaya berikutan penemuan DNA babi berkenaan. Jakim turut menyenaraikan bahan makanan itu digunakan rangkaian kedai kek berkenaan.
"Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Puratos Malaysia Sdn. Bhd. dikehendaki menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf dan mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf.
"Selain itu, mereka perlu melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri," menurut laman web itu, Isnin.

Khamis lalu, tiga pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Majistret di Kluang atas dua tuduhan menjual kopi mengandungi DNA babi di kedai minuman, Kluang Rail Coffee tanpa meletakkan pernyataan kewujudannya pada label pembungkusan kopi itu.

Ketiga-tiga pengarah syarikat Rail Passion Sdn. Bhd. (Rail Passion) tersebut iaitu Lim Jit Chiang, 37, dan abangnya, Lim Jit Tong, 42, serta sepupu mereka, Lim Jit Chen, 58, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan.

Syarikat pengilang Cheng Hiong Coffee Powder Trading pula menghadapi tuduhan menyedia dan membungkus kopi campuran dalam bungkusan yang belum dibuka dan tidak berlabel untuk jualan kepada syarikat Rail Passion.

 Babi kini ada di mana2 bhai. Tak heran lagi kenapa sikap kebabian [tinggal amalan islam] begitu meluas dalam sikap orang islam. Ini adalah mereka + babi = bersatu dalam darah dan menjadi daging mereka.

Kedai kek yang dikatakan oleh blog terbabit ialah secret recipe. Heran aku. Betul ke tidak benda neh? Rujuk facebook secret recipe mereka nafi bhai. Tak percaya baca sini ;

Saya, Wan Zawani Bt. Wan Ahmad, Eksekutif Halal daripada syarikat Secret Recipe ingin menyatakan maklum balas di sini berhubung hebahan atau kandungan artikel blog yang telah dibawa untuk perhatian kami. Kami amat kesal kejadian seumpama ini boleh berlaku walhal perkara ini langsung tidak terjadi di syarikat kami kerana kami sepenuhnya menggunakan bahan-bahan ramuan yang halal serta mendapat pensijilan halal dari daripada badan yang diiktiraf iaitu JAKIM. Jika terdapat sebarang kemusyikan berhubung perkara ini, anda boleh berhubung terus dengan pihak kami di talian 03-78034891 dan berhubung dengan saya. Dengan ini, kami juga ingin memaparkan kenyataan rasmi daripada syarikat Secret Recipe berikut :

 

Bagi aku maybe betul juga apa yang dikatakan oleh secret recipe tue. Tapi tak mustahil juga pendedahan belog itu benar. Pendek kata aku sekarang confused beb. Katakanlah kalau kedai kek rangkaian terkenal pun guna BABI dalam product mereka apatah lagi kedai kek yang tidak terkenal? Mestilah mereka menggunakan BABI juga betul tak?

Langkah pencegahan kita kena berhenti makan segala bagai KEK. Kalau teringin nak makan kek kena beli kat orang islam je. Milik sepenuhnya orang islam. Kek berbabi neh belum tentu yang terjual kat kedai2 kek aje, kadangkala kat pasaraya pun ada banyak kek kan? Kek2 hariraya tue kan? Kan seme kek2 tue kilang yang buat. Bayangkan kalau kilang tue guna tepung kek babi + kita makan kek hariraya babi + sambut raya, pergi sembahyang raya = balik solat terus melantak kek babi. WOW..

Benda yang ada babi tue ialah kat tepung. Dan tepung ialah majoriti kek. WOW.. babi situ sana sini. Babi ada dalam badan aku. Babi juga ada dalam badan ko. Babi ada dalam badan kita kini. Geli siott aku termakan babi dalam bentuk bukan babi.. Fack betul lah..

Walaupun secret recipe menafikan kek mereka ada babi aku masih was2. Yelah manalah tahu dorang terpaksa tidak mengaku untuk tidak menghilangkan kenyakinan customer.. tapi entahlah nak tuduh2 kena ada bukti tapi entahlah aku dah rasa was2 neh.. macam mana?

Sozcyili : 1babi?

Tiada ulasan