t>

Breaking News

Sila berhenti promote blog hina Nabi saw wahai orang islam.

Isu neh bukan nak tegur belog yang hina Nabi saw tue. Siyes. Dia hina Nabi saw memang tak patut. Tapi dia bukan orang islam. Keberanian dia hina Nabi saw kerana dia bukan orang islam dan memilih untuk bersikap kurang ajar. Mungkin akan datang perangai dia berubah. Tak siapa tahu, aku dan ko kecuali Allah swt. 

Apa yang aku heran ialah umat islam tak nampak permainan provokasi dia. Jadi aku pelik. Benda neh simple bhai. Simple gila. Dia nak kan perhatian terhadap apa2 yang dia tulis dalam belog tue. Memang betul dia tak suka Allah swt + Nabi saw + islam. Tapi itu bukan matlamat utama untuk dia menulis belog dan create akaun facebook. Sebaliknya dia nak orang islam melayan provokasi dia terhadap islam. Dia sebenarnya geram kalau luahan makian dia terhadap islam tidak dapat didengari oleh orang islam sendiri. Kalau melayan provokasi dia itu bererti korang sudah masuk perangkap dia. Dengan memaki hamun dia, dia tak rasa apa bhai. Dia peduli apa. Itu bukan aim dia. Ini matlamat dia. Korang buat penilaian sendiri ;

1. Dia buat belog + akaun facebook + hina islam + promosikan kata2 penghinaan dia terhadap islam + orang islam baca + orang islam marah + orang islam melayan provokasi dia + dia happy = troll dia menjadi. 

Syabas dia ucapkan kepada diri dia sendiri sebab dia berjaya memperbodoh2kan korang semua untuk maki hamun dia. Yeah dia menang disini! 1 untuk dia 0 untuk korang.

2. Dia buat belog + akaun facebook + hina islam + promosikan kata2 penghinaan dia terhadap islam + orang islam baca + orang islam report skmm + orang islam blocked dan tidak melayan dia + dia bengang sebab org islam memilih tindakan bijak untuk meng ingore kan dia + troll dia tak menjadi + dia kecewa + cipta plan lain sampai korang terhasut. 

Syabas kepada korang. 1 untuk korang, 0 untuk dia sebab apa? Sebab tidak mempopularkan dia, tidak menyebut nama2 dia di mana2 wall..tidak promote blog dia dan segala bagai lah. Syabas. Syabas sebab lawan guna akal, bukan emosi. Dia kalah disitu.

Sebab itu aku satu haramjadah tak printscreen belog dan nama belog dia kat sini. Maleh aku. Buat apa lah kerja aku nak popularkan si mangkok ayun tue. Lagi satu teknik dia neh pun hebat juga. Kalau korang nak tahu dia punya teroll hebat sampaikan dia buat macam neh tahu ;

1. dia update belog.

2. then dia create satu akaun nama melayu + islam

3. then dia gunakan acc itu untuk melakukan promosi dari wall ke wall.. heyy masuk belog neh.. belog neh hina islam.. letak kat group biar satu malaysia baca.. dah seme tahu.. ceh. Ini antara troll dorang. 

Mana aku tahu? Mudah. Aku menyamarlah satu akaun. Bergaul dengan dorang. Siasat2 sket. Amek info mana yang patut. So aku tahu lah gerakan dorang macam mana. Heh.. beberapa orang atheis yang perasaan kehilangan satu nick facebook secara tiba2 sudah tentu akan syak bahawa aku lah orang itu. Ya, memang itulah aku. Agenda korang dah terkantoi. Ingat korang je pandai troll? Ingat orang islam semua nya bebal? Sorry sket.. aku lain dari yang lain. Dan ramai lagi orang islam yang otak macam aku tahu. Heh.

Nota : Anda tidak digalakkan utk bergaul dengan atheis kalau iman sangat2 lemah. Harap maklum.

Sozcyili : Umat islam wakeup lah.. sampai bila jadi tool asyik diperbodohkan org je.. haizhh.. 


Tiada ulasan