t>

Breaking News

Sah rakyat malaysia diculik Abu Sayyaf

Kementerian luar mengesahkan rakyat malaysia yang bernama Nazaruddin Saidin yang berusia 38 tahun kini oleh kumpulan Abu Sayyaf. Dia telah diculik pada 8 mei yang lepas. Nazaruddin Saidin yang berasal dari sungai buloh, selangor itu dilaporkan diculik dari Pulau Sulu di selatan Filipina. Nazaruddin ketika itu diculik oleh 10 lelaki yang bersenjata lengkap.


Berikutan maklumat terbaru yang diterima dari polis kebangsaan Filipina [PNP], kementerian bersama PDRM sedang dalam usaha untuk mencari jalan bagi membebaskan rakyat malaysia yang kini ditahan di bawah tentera Abu Sayyaf. Selain dari usaha membebaskan mangsa secepat mungkin, PDRM juga akan mengambil tindakan susulan bagi memastikan keselamatan rakyat malaysia yang ditahan.



Urrmm Abu Sayyaf berperang dengan kezaliman kerajaan filipina. Aku support usaha dorang untuk bebaskan diri daripada kezaliman pemerintah. Tapi agak tidak adil lah bagi mereka yang tiada kena mengena dengan pertelingkahan abu sayyaf - kerajaan zalim filipina dijebakkan sekali dalam permasalahan itu. Sepatutnya culik orang jahat2 aje sudah lah. Janganlah main culik2 orang dari negara lain yang tak terlibat dalam permasalahan dalaman negara dorang. Semoga rakyat kita yang diculik tue berada dalam keadaan yang selamat. Dan doa2kan juga agar dia dibebaskan segera.

Sozcyili : Culik org baik walaupun untuk tujuan baik tetap satu perbuatan yang tak baik.

Tiada ulasan