Uji kekuatan password anda.
Password facebook? Password email? Password maybank? Rasanya di dunia internet neh password + pengguna internet = sesuatu yang tidak dapat dipisahkan lagi. Password yang kuat akan mencegah para2 hacker mengodam privacy kita. Especially password2 akaun bank online kita. Kebiasaan hacker yang mempunyai sasaran untuk mengodam ada beberapa sebab ;
1. Musuh kita. Seseorang yang memusuhi kita dan ingin mengodam privacy kita atas tujuan tertentu.
2. Mencuri maklumat kita. Mungkin nak menggunakan maklumat kita untuk tujuan menipu dan sebagainya.
3. Mengintip kehidupan kita. Mungkin seseorang yang minat kita sehingga terlalu taksub sampai masuk ke dalam kehidupan kita tanpa kita sedari.
4. Menguji kepintaran hacking / software hacker. Ya, bila mereka berjaya mencipta sesuatu product hacking mereka akan menguji nya di alam maya bagi membuktikan keberkesanan product tersebut. Dan kita mungkin sasaran bahan ujikaji mereka. Selain itu para2 hacker juga gemar menghacker untuk meningkatkan kemahiran hacking mereka.
Jadi macam mana nak melindungi data2 dan peribadi kita? Ada beberapa tipsi yang boleh di amalkan.
1. Jangan login ke dalam akaun2 bank kita menggunakan komputer milik orang lain. Ataupun di cybercafe. Kalau mereka ada software pengesan password, dengan mudah privacy anda dicerobohi oleh mereka.
2.Rajin tukar password 3 bulan sekali untuk melindungi data privacy anda.
3. Jangan gunakan password yang sama untuk akaun email, facebook, twitter dan lain2. Dan elakkan juga guna password yang seakan2 dengan akaun2 anda yang lain.
4. Gunakan huruf besar + huruf kecil + nombor setiap kali membuat password.
5. Selepas itu kalau berani bolehlah menguji kekuatan password anda di sini ;
Selain dari software ini, ada pelbagai lagi software seperti ini yang anda boleh search dengan memasukkan kata kunci test my password.
Macam yang aku cakapkan tadi, kalau berani boleh lah uji password korang kat software2 terbabit. Ada yang free. Ada yang kena bayar. Aku sendiri tak berani nak uji password aku kat mana2 software neh sebab takut. Yelah, silap2 mereka mengumpulkan password2 kita dalam tue untuk hack kita balik. Boleh jadi juga kan? Heh.
Sozcyili : Hacking israel.
Tiada ulasan
Catat Ulasan