t>

Breaking News

Tragedi tanah runtuh ulu langat: Dua mayat kanak-kanak dikeluarkan

KAJANG: Dua mayat kanak-kanak iaitu penghuni Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, dekat sini,sudah dibawa keluar dari tempat kejadian tanah runtuh di situ, sebentar tadi.

Laporan awal sebelum ini menyebut, kira-kira 20 hingga 30 penghuni rumah anak yatim itu dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2.20 petang tadi.Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang ketika dihubungi Berita Harian Online sebentar tadi berkata, setakat ini tiga kanak-kanak berjaya diselamatkan.


Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan ada penghuni yang terkorban dalam kejadian itu. -BH- 

Gambar akan dikemaskini kelak.

Sozcyili : Alfatihah untuk yang terkorban.

Tiada ulasan