t>

Breaking News

Tepung ber-DNA babi, pernah beli?


GEORGE TOWN – Pengguna beragama Islam di negeri ini dinasihat berhati-hati jika berkunjung ke restoran atau kopitiam yang mempamerkan pensijilan halal bukan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Ini kerana, hasil siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), ada kemungkinan pengusaha premis itu menggunakan produk keluaran dua pembekal yang dibatalkan permohonan sijil halal Jakim baru-baru ini.
Dua produk berasaskan daging dan tepung keluaran syarikat terbabit dipercayai mengandungi asid deoksiribonukliek (DNA) babi yang dibekalkan syarikat dari Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JHEAIPP, Faizal Ibrahim (gambar) berkata, produk tersebut kerap digunakan oleh pengusaha restoran dan kopitiam, justeru pihaknya percaya masih ada premis menggunakannya.
Menurut beliau, JHEAIPP dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri akan menjalankan siasatan dan pemantauan di lebih 300 premis yang dikenal pasti. -KOSMO-

Tepung dan daging? Tepung = ada dna babi? Dan daging = ada dna babi? Adoii.. pening kepala baca benda neh. Tepung apa tue yerk. Sapa tahu leh share sini tak? Thanks.  

Jangan2.. product segera yang macam nuget tue tak? Dengar citer baru2 neh lucky ke apa nama syarikat tue.. product dia diharamkan sebab semua makanan segera dia ada DNA babi!! Yucks! Nasib baik tak pernah beli. Layan product ramlee dan ayamas je yang berani. Kalau ada HPA kat tempat aku pun bagus juga. Boleh beli. Tapi takde.. huhu.

Dan dalam masa yang sama kita kena sebarkan berita neh kepada rakan2 kita dan jangan singgah kopitiam lagi. Cegah lebih baik. Jangan cakap tak nasihat pula. 

Sozcyili : HPA bila nak meluas?

Tiada ulasan