Aku takde dara, ko sibuk kenapa?

Semalam ada fan yang mengepaste satu link blog di dalam fanpage meminta aku highlightkan pengakuan seorang blogger perempuan yang mengakui dia tiada dara di dalam entry blog nya.

Sebenarnya aku taktahu nak komen pasal apa. Macam mana aku nak komen budak neh sedangkan aku pun tak faham tujuan dia buat pengakuan tue. Yang sebenarnya aku tak nampak pun pengakuan dia tue satu disaster. Kalau korang rasa korang nampak korang leh share kat sini. Nak juga aku fahamkan tang mana disasternya pengakuan dia tue.

Tapi memandangkan dah ada yang suruh komen maka aku pun nak komen sikitlah. Bagi pandangan ikhlas aku ialah ;

1. Budak tue main2 je.

2. Sebodoh2nya dia pun takan lah dia open gila nak cakap dia takde dara + muka terpampang kat dalam blog sendiri?

Pasal apa, ketika aku mula2 buka belog dia semalam.. aku baca entry dia dan aku lihat urmm.. budak lagi umur pun baru 14 tahun.. apa kejadahnya dia nak mengaku dia takde dara dengan memaparkan gambar bf dia? Jangan2 dok bergaduh dengan pakwe pas tue mula lah meroyan sakan dalam blog.

Tapi aku heran gak macam mana blog budak neh boleh diketahui orang dengan pantas? Siap passing2 lagi. Adoiiiyaii.. kesian lah budak pompuan. Siap kutuk dia macam2. Korang yang kutuk2 dia neh kenapa? Neh dia budak lagi lah. Dia taktahu apa2. Dia masih belajar lagi. Ajarlah dia kalau dia salah. Lainlah kalau artis ke.. pemimpin ke yang sah2 perbuatan dorang tue menjadi ikutan masyarakat sebab bidang mereka memang jenis masyarakat nampak dan tahu. Ini budak neh bukanlah artis yang sampai nak kecoh segala. Cuma dia mengaku dia takde dara. Itupun entah betul entah main2. 

Katakanlah kalau betul dia takde dara kita pun takley nak marah dia sangat sebab dia akal dia tak cerdik lagi. Bagi perempuan mungkin boleh jadikan dia adik angkat untuk bimbing dia. Bagi lelaki entahlah.. aku was2 sket pergaulan di internet neh. Pengakuan berani mati neh pun ada bahayanya juga. Silap2 lelaki gila seks yang baca blog tue arhh sudah.. mampos. Rapat2 semata-mata nak kan habuan sex aje. Silap gak budak neh tapi sekarang entry tue dia dah padam. Which is a good move lah bagi aku kan. Tak payah lah kita besar besarkan kesilapan dia. Budak lagi. Maafkan aje. Tapi aku tak berapa gemar yang dok melabelkan2 dia bohsia dan segala bagai.

Yelah dia pakai seksi kan.. aku faham. As muslim dia kena tutup aurat. Korang nak nasihat dia untuk tutup aurat aku sokong. Nasihatlah. Tapi apa kena mengena bohsia dengan buka baju? Korang faham tak maksud aku apa? Meh sini aku elobrate sket ;

1. perempuan seksi = kerja bank = cari rezeki = buka aurat = kurang peka pasal islam.

2. bohsia = suka seks = buka baju = sebab nak nampak seksi = keseronokkan.

Nampak tak dua senario yang berbeza neh? Bukan semua perempuan yang dedah sana sini ialah

BOHSIA

Bohsia = melabel kepada aktiviti seks yang mereka suka buat bukan melabel kepada pakaian.

Bukan aku nak bela budak2 seksi neh.. jangan salah faham. Cuma aku tak rasa gelaran bohsia sesuai untuk perempuan2 yang dedah aurat. Dia dedah aurat memang berdosa.. habis tue korang dok fitnah2 dia bohsia padahal dia bukan bohsia tue apa pula?Jadi halal ke? Itulah pasal perempuan2 seksi neh jadi degil. Nak nasihat, nasihat je lah. Tak payahlah bagi label bohsia ke pelacur ke kat orang. Tah pape lah macam tue..

Yang selalu reka baju2 seksi neh pun lelaki.. yelah salah perempuan gak yang pergi beli kenapa.. tapi kiranya ada combination lah situ.. yang reka pun satu hal yang beli pun satu hal tapi yang asyik dipersalahkan yang beli je.. yang reka macam mana? Terlepas ka? Sama je kan? So dah tahu macam tue sama2 lah amek tanggungjawab. Nasihatkanlah mereka.. tegur je cara mana nak tegur cuma jangan bagi label bohsia aka pelacur pada mereka selagi tidak terbukti mereka2 tue pelacur ataupun bohsia. 

Ada gak yang cakap, aku bukan cakap dorang pelacur.. cuma cakap cara pakaian tue macam pelacur.. laaaa... ko ingat pelacur tue cuma pakai seksi2 je ke? Pelacur kat arab tue.. yang bertutup pun ada bhai.. sebab tue aku cakap tak payah nak cakap mcm pelacur ke bohsia ke segala bagaii..cakap je buka aurat brdosa.. haram hukum dia.. habis citer. Yang kena nasihat pun kalau nak sangkal.. pun fikir dua kali. Kalau aku sangkal.. aku sangkal hukum Allah swt.. arhh sudah dia pun dah terperangkap.. jadi takde lah dia nak geram2.. neh tidak dok tuduh2 budak2 buka baju neh as pelacur lah bohsia lah..menaikkan kemarahan dorang macam mana dorang nak makan nasihat macam tue? Padahal dorang2 tue sedara kita gak. Bukan orang lain.

Sama gak macam penulis belog yang mengaku takde dara neh.. ramai gila orang kutuk2 dia.. bukan aku nak kesian pun padahal dia sendiri yang cari nahas. Tapi janganlah cakap benda yang takde kaitan. Membabitkan mak bapak dia lah.. keturunan pelacur lah segala bagai.. adoiyaiii.... off topic semua tue.. kalau nak nasihat, okeyhh.. kita nasihat. Cara mana nak nasihat.. lantak korang. Tapi tak payah sambil nasihat sambil fitnah dia.. itu dah tak betul tue. Tak payah babitkan mak bapak segala bagai keturunan dan agama dia pula.. sampai cakap dia kafir itu ini.. tah pape lah weh.. macam lah kita neh alim sangat.. macam lah syurga tue dijamin untuk kita..

Sebenarnya untuk budak2 muda macam neh.. kalau boleh bimbing kita bimbing. Jangan sisihkan mereka. Mentang2lah mereka takde "dara" terus cop itu ini. Memanglah wehh berdosa mengaku berzina.. siap bangga2 lagi.. tapi tengok keadaan juga lah weh .. budak2 neh boleh kita bimbing lagi. Usaha dulu.. cuba dan terus cuba.. kalau agak2 pas neh dia semakin melampau ke.. mempromosikan zina dan siap ajak zina ramai2 ke.. barulah kita fikirkan step seterusnya untuk basuh otak dia.. okeyh?

Sozcyili  : Islam membimbing bukan menghukum..

Share this :

Previous
Next Post »