t>

Breaking News

PKR gila konsert, walaupun pas bantah.


SHAH ALAM: Kerajaan Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan meneruskan penganjuran Konsert MTV Word Stage yang dijadualkan berlangsung di i-City, Seksyen 7, di sini, 24 Julai ini walaupun dibantah PAS.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata ia selaras usaha menjadikan Shah Alam sebagai tumpuan antarabangsa selain satu pengisian dalam aktiviti golongan muda di negeri itu.Bagaimanapun, katanya, penganjur konsert perlu mematuhi beberapa peraturan yang sudah ditetapkan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.


Ini untuk merayakan Shah Alam. Namun, penyanyi perlu mematuhi adab pakaian selain penganjurannya tidak boleh berlangsung sehingga melebihi jam 12 tengah malam termasuk bebas daripada dadah, alkohol dan rokok,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO di sini, semalam.

PAS Selangor sebelum ini membantah tindakan kerajaan PKR Selangor yang membenarkan penganjuran MTV World Stage di i-City pada 24 Julai ini.

Antara pemimpin PAS yang membantah penganjuran konsert terbabit ialah Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Keputusan itu juga dibuat sebulat suara dalam satu mesyuarat PAS negeri baru-baru ini kerana mendakwa kawasan i-City tidak sesuai diadakan aktiviti hiburan termasuk status Shah Alam sebagai bandar raya Islam contoh. 
Satu petisyen untuk mengumpul tandatangan penduduk setempat turut dibuat sebagai tanda sokongan membantah penganjuran konsert terbabit.

MTV sebelum ini mengesahkan kehadiran kumpulan rock antarabangsa, 30 Seconds To Mars yang akan beraksi bersama kumpulan rock tempatan, Pop Shuvit.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri sudah memberi kelulusan penganjuran konsert terbabit awal tahun lalu kerana berpendapat i-City adalah pusat komersial dan kawasan zon antarabangsa.

Boleh percaya ke kata2 pkr neh? Menjaga adab? Mengawal aktiviti kemaksiatan? Fine. Kita tunggu. Kita lihat pada hari itu andai benar pkr boleh mengawal muda mudi pada hari itu, syabas di ucapkan, andai tak berjaya bersiap sedia lah di balun kiri kanan.

Bila bercakap soal islam, kita tak boleh ada batasan parti. Kita kena cakap terang2 apa yang haq ialah haq dan apa yang batil ialah batil. Pkr masih kurang faham akan perkara asas neh. Kalau nak kata pkr neh diketuai oleh orang cina, tidak pula. Orang melayu belaka. Masing2 faham islam. Tapi nampak gaya nya dap pun 1000 kali lagi bagus dari pkr sebab selama hampir 3 tahun dap pegang penang, dap tak pernah buat apa2 perkara yang melalaikan macam neh. Apakah khalid perlu belajar dari lim guan eng untuk memahami dan mendalami islam?

Jemput pula artis luar. Berapa banyak yang pkr bayar? Berapa banyak kos yang keluar?   Apakah duit yang keluar akan masuk balik? Neh seme bagi aku bullshit dan nonsense. Nak raih sokongan anak muda, ko buatlah acara sukan2. Yang tawar hadiah. Yang tawarkan kursus2 percuma. Yang tawarkan pengajian2 percuma. Bukan buat konsert bhai. Yang takde manfaat kepada belia2 muda. Kalau ini pendekatan ko, apa beza ko dengan umno? Sama2 gak sokong maksiat. Dah kalau ko dengan umno sama je, so apa guna ko melepak dalam pakatan rakyat? Berambos keluar lah masuk barisan. Heh.

Sozcyili : Islam takde label parti.

Tiada ulasan