t>

Breaking News

Gift away dari bro framestone buat pengguna advertlets


Individu kat atas neh bernama bro framestone. Itu bukan nama dalam IC. Itu ialah nama dalam dunia pemblog. Nama dalam IC dia aku taktahu. Sila tanya dia sendiri kalau korang nak tahu. Heh. Blogger ini telah bercadang memberikan giftaway kepada mereka yang menggunakan advertlets dalam blog. So memandangkan aku guna advertlets maka aku pun nak join lah. Almaklumlah hadiah bhai. Sapa tak suka tue.

Korang nak hadiah gak ke? Okey buat macam aku buat kalau korang guna advertlets. Yang tak guna tue tak dapat nak join lah. Sorry. Korang kena cari hadiah lain. Ce korang terai sini. Mungkin korang leh dapat hadiah-hadiah tersebut andai korang berani nak menang.

Pertama korang upload kan pendapatan advertlets korang dulu. Cam aku. Tengok bawah ;



Ini ialah pendapatan beberapa hari aku bersama advertlets. Meh aku terangkan sikit.

1. Iklan neh aku letak kat blog neh. Bukan kat blog amenoworld. Kalau blog tue lebih tinggi pendapatan dia yang aku boleh raih. Tapi sekarang neh blog tue under testimoni nuffnang. So aku takmo kaco. Aku perlu menjadi bahan kajian kepada product nuffnang untuk memberikan testimoni jujur kelak.

2. Tiada klik biasanya bermakna tiada iklan.

3. Bila orang klik duit tak berjalan. Ini hakikat. Dia tak kira per click bhai. Dia kira per impression. Klik ka tak klik ka duit tak berjalan pun. Tapi asal ada impression biarpun takde iklan duit masuk. Tapi tak banyak lah. Sikit je. Sebab iklan tak jalan kan.

4. Aku dah pernah cashout. 5 kali. Takde masalah. Dia memang bayar. Baru dua kali je. Lagi 3 kali kena tunggu tamat tempoh lah bhai. Cuma bad customer service. Aku tak suka. Bagi aku korang kalau nak lambat bayar takpe. Takde masalah. Just INFORM kat orang. Bagitau kat sekian2 individu bahawanya untuk BULAN INI korang akan lambat bayar. Takpe aku yakin semua bloggers akan faham. Cuma yang jadi tak faham bila taknak inform je. Sebab ini akan mengundang kepada miscommunication. Sebab itu ada blogger marahkan advertlets dalam blog masing2. Sebab team email advertlets lambat ataupun tak balas langsung pertanyaan2 mereka. Sudah tentu mereka akan fikir advertlets ialah SCAM. Tapi dont worry kalau korang risau korang email je bos besar advertlets. Aku dapati dia friendly. Maybe pekerja2 dia malas kot. Walaupun tak semua. Heh

5. Menariknya guna advertlets ialah korang takpayah pening2 nak tunggu BE macam kat innity dan nuffnang. Ingat nuffnang je ke ada BE? Innity pun ada bhai. Tapi takdelah dia panggil BE. Dia kasi lah nama lain. Nama BE neh sesaje suka ahti aku cedok dari nuffnang. Namun aku baru 3 kali dapat "BE" dari innity. Bulan neh dapat. Alhamdullilah.

6. Yang tak menariknya aku tak berapa faham konsep advertlets neh macam mana. Apa kata kalau team advertlets cuba beriadah dengan blogger berbahasa melayu sekali. Boleh tak? Aku tengok nuffnang kemain friendly. Harap advertlets leh follow.

Sebenarnya aku nak je taip panjang2 pasal advertletsnya kelemahan. Tapi yelah neh kan giftaway. Sapa lah nak baca panjang2 sangat. Silap2 dorang siap berdengkur depan blog aku pula karang. Heh. Cukuplah takat neh.

Dan syarat2 lain korang kena masuk sini. Baca, hadam dan faham.

Sozcyili : Ikhlas.

Tiada ulasan