t>

Breaking News

Taib: Saya tiada akaun bank rahsia di Switzerland

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud secara kategori menafikan Dana Bruno Manser (BMF) kononnya beliau memiliki akaun bank di Switzerland.

Penafian itu dibuatnya semasa sesi soalan di Dewan Undangan Negeri Sarawak pagi ini.

“Saya secara kategori nyatakan bahawa saya tidak mempunyai akaun bank Swiss rahsia, tiada aset atau apa-apa pelaburan dan seumpamanya. Tiada apa-apa pun.

“Malah, ini dijelaskan dalam surat yang dialamatkan kepada presiden Persekutuan Swiss.

“Saya secara spesifik bertanyakan kepada presiden itu untuk mengesahkan sama ada beliau ada mengarahkan pihak berkuasa Swiss menyiasat saya berhubung dakwaan BMF atau membekalkan saya sesalinan permohonan supaya saya boleh mendapat nasihat perundangan,” katanya.


Jadi taib tiada akaun di bank switzerland. Taib mahmud kena aniaya ke? Rupanya inilah pendedahan yang akan mengejutkan orang ramai seperti yang dinyatakan oleh taib disini.

Urmm aku rasa terkejut gak bila dapat tahu bahawa taib takde akaun bank di switzerland. Nampaknya pihak sana tak pandai nak menyiasat lah rupanya. Heh.

Sozcyili : Terkejut sangat.

Tiada ulasan