t>

Breaking News

Kenapa coke dan air ribena haram?


Kat atas neh ialah video ceramah ustaz azhar idrus. Dalam video neh ustaz ada bagitau bahawa ;

1. beli coke haram kerana keuntungan nya digunakan untuk membeli senjata bagi membunuh umat islam palestine.

2. minum ribena haram kerana mengandungi alkohol.

Aku memang ada minum coke. Tapi bukan selalu. Jika aku singgah makan di kfc ataupun pizza hut memang order air coke. Kalau take-away memang tak order air coke. Air coke bagi aku sebenarnya memang tak patut diminum. Ianya boleh merosakkan kesihatan. Bukan sahaja air coke malahan hampir kesemua air gas memang macam tue. Aku rasa radix cola pun sama kot. Tapi kandungan gas dalam radix cola tak banyak macam coke.  Tapi itu tak menjadikan bahawa radix cola sesuai di minum hari-hari pula.

Kalau kita tengok dari segi hukum pula air coke ialah air yang halal di minum di malaysia. Jakim mengesahkan ianya halal. Sebab tue ada tanda halal kat tin coke. Kalau kat botol aku taktau. 

Kalau ikut pandangan aku ;

Air coke = status halal. Keuntungan air coke = bunuh umat islam. Sebagai umat islam aku tak patut beli air tersebut. Maka aku kena boikot air tersebut. Ini ialah sebab sebenar aku kena boikot air coke. Aku dah faham.

Tapi yang aku tak faham kenapa sesetengah barang yang halal menjadi haram hanya semata2 kita bencikan kekejaman zionist? Bagi aku ;

bencikan kekejaman satu hal.

mengatakan barang halal menjadi haram kerana faktor emosi + benci ialah satu hal yang lain.

Kalau nak menyuruh orang boikot itu ini atas sebab2 yang benar aku sokong. Tetapi jangan bercakap apa2 ataupun meletakkan hukum apa2 tanpa mengambil kira sentimen masyarakat rakyat muslim keseluruhannya.Contoh disini ialah air coke. Kita kena sedia maklum bahawa ada ramai orang islam yang jual air coke. Cerita nya dipermudahkan begini ;

A jual air coke kepada b dan b memberikan air coke kepada c. Yang mana A dapat untung. B pula keluar modal. Dan C pula minum air coke. Ikut situasi neh ;

1. Adakah yang jual haram?

2. Adakah yang beli haram?

3. Adakah yang minum haram?

hukum nya?

Sebenarnya benda neh perlukan perbincangan. Alim ulama di malaysia kena duduk berkumpul di dalam satu forum. Bincanglah puas2. Buatlah satu keputusan. Jangan peningkan umat islam malaysia. Bayangkan enh pasal neh pun ada orang bertekak tahu. Mereka yang dilarang beli coke atas faktor konon nya haram marahkan sang penjual. Yang sang penjual maki kerajaan. Yang penyokong kerajaan marahkan pembangkang. Yang pembangkang bergolek lawan kerajaan. <-- ini kita panggil perpecahan. 

Walaupun ramai yang cakap bahawa politik tidak memecahbelahkan umat islam semata-mata nak defend hujah masing2 sebenarnya itu karut lagi mengarut. Politik memang memecahbelahkan umat islam dan umat malaysia. Bezanya disini ialah jika politik itu memecahkan maka islam itu menyatukan. Mahukan penyatuan orang islam kena mahukan islam terlebih dahulu. Itu pasal kita kena desak semua alim ulama di malaysia neh bersatu dalam soal hukum. Jika ini mereka boleh buat, pemimpin kita tak mampu nak kata apa2. Itu sebab kita kena cari jalan untuk satukan ulama bebas + pembangkang + kerajaan = dalam satu forum.

Sama juga dengan air ribena. Air ribena ialah air yang aku selalu beli. Bukan berbangga dengan dosa. Jangan salah faham. Cuma nak pastikan adakah ianya betul2 haram. Jika ia benar haram, maka aku tinggalkan. Tetapi sehingga ke hari neh aku tak pernah rasa mabuk minum air ribena.

Sebenarnya berbeza pandangan ulama adalah rahmat buat orang islam. Yang neh aku selalu baca dan selalu dengar. Yang cakap haram ialah ustaz azhar idrus. Ustaz lain tak cakap pun haram. Aku takmo menangkan mana2 ustaz. Aku cuma mahu ikut pengalaman aku sendiri. Iaitu aku tak mabuk pun minum air ribena. Dan aku akan terus minum sehingga terbukti ianya haram.

Sozcyili : perbezaan = rahmat, yang tak faham rahmat = umat islam.

3 ulasan

Tanpa Nama berkata...

Aku pun dok minum air ribena..air gas aku tak minat..kat botol ribena ada logo halal. Aku beli sbb tu..kalau haram, aku xmau minum dah..xkn jakim dok saja tgok logo halal masih ada jika haram?? Ini kes naya org islam la yg slama ni hanya bergantung pd logo tu.. Sapa patut tggjwb ni??

Tanpa Nama berkata...

Betul.. kalau betul haram dah lama jakim usulkan perkara ni.. ni bukan perkara kecil..

Tanpa Nama berkata...

ape yang penting...makanan,minuman & benda yang memudaratkan kesihatan..adalah HARAM..CONTOHNYA COKE..xpe minum sekali sekala,tapi jika dijadikan minuman harian sehingga menyebabkan sakit tertentu..jatuhlah haramnya..