t>

Breaking News

Rakyat demo bantah kenaikan harga air di Melaka







Demonstrasi itu dianjurkan NGO bawah naungan Pemuda Pakatan Rakyat Melaka - Gerakan Anak Muda Melaka (GERAM).

Muhamad Aizat yang juga anggota jawatankuasa NGO itu berkata, perhimpunan sepuluh minit itu berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. Kira-kira 20 anggota polis mengawal keadaan di situ, tambahnya.

Awal April lalu, tarif baru air bagi pengguna di kawasan kediaman adalah 60 sen bagipenggunaan 20 meter padu. Tarif lama adalah 55 sen selepas 15 meter padu pertama.


Kenaikan itu mendapat kritikan hebat pembangkang kerana didakwa tidak mengambilkira beban kewangan rakyat dan dibuat secara tergesa-gesa.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Muhamad Aizat memberitahu, turut hadir dalam program itu Ketua Pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin dan Ketua Pemuda PAS Melaka Yuhaizad Abdullah.

Sementara itu, selain berdemonstrasi, Muhamad Aizat juga berkata pihaknya akan meneruskan kempen kutipan tanda tangan bantahan, termasuk mengadakan majlis penerangan kepada orang ramai.

"Setakat ini kita telah mengutip 3,000 tanda tangan bermula April lalu. Kita sasarkan 10,000," katanya. -MKINI-

Betul ke orang yang berdemo tue betul2 terjejas dengan kenaikan air neh? Buat banner cantik2 yang hanya boleh sekali pakai takpe pula enh? Bagi aku hanya rakyat yang boleh memahami kesusahan rakyat. Dah takde orang lain dah. Sehebat mana pun pemimpin tue [kecuali TGNA dan USTAZ Azizan] mereka tetap tak mampu nak memahami kesusahan rakyat.

Kalau nak di ikutkan kenaikan air neh kecik je. Kat tempat aku 20meter padu = 70sen. Bukan aku nak bela kerajaan dalam isu neh cuma bagi aku kalau nak berjuang cari betul2 masalah rakyat di melaka ke. Masalah air neh aku rasa belum lagi lah sampai tahap rakyat melaka nak marah kerajaan. Sepatutnya isu kenaikan harga barang yang patut diutamakan. Sambil2 tue bawa sekali isu kenaikan air. Tapi ini just pandangan je lah. Tengok yang berdemo pun sikit je. Selaku pro rakyat kena betul2 faham masalah rakyat. Kalau setakat nak main wayang politik makna nya takde bezalah PR dengan BN kan. Bezanya cuma cara kekejaman je kot. 

Hahaha..

Sozcyili : Rakyat dulu, politik kemudian

Tiada ulasan