t>

Breaking News

Najib : Kedai runcit 1malaysia untuk bantu rakyat.

Sekarang di negara kita sudah ada kedai runcit 1malaysia. Di berita tadi ada sedikit liputan mengenai hal ini. Apa yang specialnya kedai runcit rakyat 1malaysia berbanding kedai-kedai lain? Mungkin semua barang dalam kedai tersebut berharga rm1 je kot? Hahaha..

Baca bawah ;

KELANA JAYA: Kedai rakyat 1Malaysia sinonim dengan perjuangan mengukuhkan perpaduan rakyat dan simbol pembelaan rakyat, demikian menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika rasmikan premis pertama kedai rakyat 1Malaysia di Stesen LRT Kelana Jaya, sebentar tadi. -BH-

Maksudnya najib membela rakyat sebab tue dia buka kedai runcit 1malaysia. Kedai runcit 1malaysia neh ada kaitan dengan rangkaian pasaraya mydin. Sebab ianya dikendalikan oleh mydin. Lihat bawah ;


Pengurangan subsidi dan pengecutan pendapatan menjadikan warga kota semakin terhimpit dalam kehidupan seharian, lebih-lebih lagi apabila harga barangan pengguna terus meningkat.

NONEBagi membantu mereka, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengilhamkan projek Kedai Rakyat 1Malaysia - di mana melaluinya 250 barangan generik akan dijual pada harga antara 30 hingga 50 peratus lebih rendah daripada harga pasaran barangan berjenama.

Najib dijadual melancarkan kedai pertama yang terletak di stesen LRT Kelana Jaya petang ini yang akan dikendalikan oleh Mydin Mohamed Holdings Bhd.

Pengarah Urusan Mydin Holdings Ameer Ali Mydin pada taklimat media baru-baru ini berkata barangan generik itu akan diberikan jenama '1Malaysia'.

NONEBeliau memberikan gambaran ringkas yang boleh dijangkakan oleh pembeli:
  • RM20.50 bagi pek biasa lampin pakai buang bayi (berjenama: RM40)
  • RM 2.99 bagi setin sardin 420g (berjenama: RM6.10)
  • RM6.80 bagi sebotol kordial (berjenama: RM9.90)
  • RM2.05 bagi setin krimer (berjenama: RM2.80)
NONEAmeer berkata kekuatan Mydin terletak pada pembelian pukalnya dan disokong oleh kira-kira 500 pengusaha kecil dan sederhana yang membekalkan sebahagian daripada barangan generik itu.

“Kami lakukan ini atas dasar tanggungjawab sosial korporat bagi membantu rakyat. Saya jamin kerajaan tidak akan tanggung sebarang kos. Jika ada peluang, kami ingin kembangkan konsep ini ke tempat-tempat lain,” katanya. -Mkini-







Sebenarnya kan kat tempat aku harga sardin berjenama ayam brand rm6 untuk tin paling besar. Dan rm40 untuk pampers berjenama tue harga normal. Tapi mungkin lah kot dia tersalah letak harga kan. Bagi korang yang duduk dekat mungkin lah boleh tinjau2 kat pasaraya tue. Aku tunggu bersih nanti barulah jalan2 kat sana nanti.

Sozcyili : Muka 1malaysia.

Tiada ulasan