Anak kebas RM80,000 duit bapak.
Bodoh sial anak dia neh. Bengkek nya ahti aku baca berita neh. Sanggup dia curi duit bapak sendiri. Bukan sikit beb. Banyak. RM80,000.00. Gila ape. Wang tue bapak dia simpan untuk hari tua lak tue. Sesedap mak enon je curi duit bapak dia. Bodoh arh dia neh. Kejam gila. Itu kan bapak dia. Sanggup pakat2 dengan laki sendiri untuk kebas duit bapak sendiri. Korang baca bawah ;
Remuk hati seorang bapa berusia 57 tahun apabila mendapati wang simpanan miliknya lebih RM80,000 lesap dicuri anak dan menantunya sendiri.
Mangsa yang kini berkerja sendiri selepas bersara, hanya menyedari kejadian itu kira-kira jam 10 pagi kelmarin apabila meminta pihak bank melakukan pemeriksaan selepas menyedari kehilangan wang simpanannya itu.
“Selepas kad ATM itu siap, mangsa memeriksa akaun simpanannya sebelum mendapati wang miliknya berjumlah lebih RM80,000 lesap. Tersentak dengan itu, mangsa masuk semula ke dalam bank berkenaan sebelum membuat aduan mengenai kehilangan wang itu.
“Pegawai yang melakukan pemeriksaan memberitahu wang berkenaan tidak hilang sebaliknya sudah dikeluarkan beberapa kali sejak sebulan lalu sebelum mengarahkannya membuat laporan polis,” katanya.
Sumber berkata, sebaik menerima laporan, pegawai polis bersama petugas bank memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) bank berkenaan sebelum melihat kelibat pasangan suami isteri berusia lingkungan 20-an melakukan pengeluaran di beberapa mesin ATM di sekitar Lembah Klang.
Mangsa yang diminta meneliti rakaman berkenaan hanya mampu menangis apabila mendapati anak perempuan dan menantunya yang mencuri wang miliknya,” katanya.-HM-
Adoii aku bukanlah anak yang baik mana pun. Ada lah cilok2 duit mak aku gak time kecik2 dulu untuk beli menan. Mak aku tahu je terus dia bantai aku balik. Tahap skill mencuri + menipu tak pandai ma. Sebab tue kantoi. Heheheh..
Tapi bab mencilok sampai rm80k itu bagi aku sangat kejam. Apa salahnya minta pinjam kan. Kata bapak sendiri. Takanlah sampai rm80k ko sebat duit bapak ko. Orang kalau terdesak pun takan sampai habis rm80k. Siap ulang alik plak tue. Sah2 dia fikir bapak dia = cop duit.
Kesian kat bapak dia. Mana lah nak dapat balik rm80k. Macam lah anak perempuan dia nak tanggung kehidupan bapak dia. Orang kata kalau tak mampu membantu pun jangan lah menambahkan beban. Ini tidak, sudah lah tak dapat bantu, ditambah beban lagi. Alahaii kesiannya.
Sozcyili : Simpati.
Tiada ulasan
Catat Ulasan