t>

Breaking News

Tunang SMS batal nikah gara-gara wang hantaran.

KANGAR: “Maafkan sayang abang, abang sayang yang nak jadi wali itu tidak boleh terima abang lagi atas apa yang abang cakap keluarga sayang zalim.”

Begitu antara kandungan SMS diterima jurujual kenderaan dikenali sebagai Aizat 37, daripada bakal isterinya menyebabkan majlis ijab kabul pasangan berkenaan yang sepatutnya diadakan kira-kira jam 10 pagi semalam, dibatalkan.

Semuanya berpunca daripada pertelagahan baki wang hantaran yang sepatutnya dipersetujui kedua-dua pihak dilangsaikan ketika majlis akad nikah semalam.

Justeru, Aizat yang berasa dirinya dipermainkan dan ditipu keluarga gadis berkenaan membuat laporan di Balai Polis Kangar, kira-kira jam 10 pagi.

Aizat berkata, dia menerima SMS terbabit daripada bakal isterinya berusia 20 tahun yang dikenali sejak tiga bulan lalu jam 11.44 malam kelmarin iaitu 11 jam sebelum majlis akad nikah dijadual berlangsung di sebuah masjid di Simpang Empat, dekat sini. -HM


Hal kecik macam neh pun nak kecoh segala bagai. Teruk betul keluarga perempuan tue. Lainkali aku nasihatkan kepada lelaki2 di luar sana kalau nak kahwin ke apa ke kenali dulu bakal isteri korang tue baik2. Janganlah asal cantik je. Yang penting sikap beb, bukan rupa. Tapi dalam kes neh taktahu lah aku sapa salah sapa betul.

Malas nak buat andaian melulu sebab statement kat atas neh cuma statement dari pihak lelaki. Tunggu dua2 pihak buat statement dulu baru lah kita leh fikir macam mana.

Berita penuh disini.

Sozcyili : kes kena tipu lah neh.

Tiada ulasan